Friday, April 13, 2012

To do or not to do???


Bismillah ar-rahman ar-rahiim 

As-syahid Hassan al-Banna kata: "perbaikilah dirimu dan serulah pada yang lain". Kita tak sempurna oleh itu, dalam usaha untuk berubah ke arah kebaikan kita perlukan dorongan & sokongan. Bayangkan bila kita nasihat kawan kita dengan baik & kawan kita terima dengan baik juga. Kemudian dia lihat kita pula yg langgar nasihat kita tadi, macam mana? mesti kawan kita kata kita tak serupa bikin kan? Sebab tu bila kita nasihat kawan kita, kita sekali gus nasihat diri kita juga. Mesti kita nak jaga akhlaq kita kan? Dan dengan menjaga akhlaq, automatik kita akan beransur-ansur menjadi lebih baik.

Bayangkan seorang ayah yang sedang merokok, sambil rokok dibibir dia kata pada anaknya "ko jangan merokok mcm ayah ni, tak elok.. rosak peparu nanti...uhuk3". Agak2 apa anak tu rasa? ('gila apak aku ni..')

Macam tu lah kita. Bila kita ingatkan orang kita akan berusaha untuk tunaikan apa yg kita kata, supaya Allah SWT jadi saksi atas tindakan kita yang berusaha untuk menjaga diri agar dipandang mulia oleh PENCIPTA kita.

Firman Allah SWT dalam surah as-Soff ayat 2 & 3 maksudnya:

"Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan." (As-Soff 61: 2-3)

Bukan bermaksud supaya kita takut langsung untuk berkata benar, cuma Allah tempelak kita bila kita tak buat apa yang kita cakap. Ayat ni beri motivasi pada kita supaya berusaha untuk kotakan janji kita dan menjadikan apa yang kita rasa, cakap dan buat menjadi selari dengan kehendak Allah SWT. Hidup akan indah bila bersama dengan Allah SWT.

Allah SWT lebih banyak memberi daripada melarang. Lihat saja dari segi makanan. Allah SWT beri makan SEMUA kecuali babi, anjing, binatang bertaring (pemangsa), bangkai dan segala yang memudharatkan kesihatan kita. Allah SWT beri minum SEMUA kecuali arak atau minuman yang memabukkan akal. Apalah teringin juga buat larangan Allah SWT bila dah diberikan SEMUA yang terbaik. Umpama orang yang diberi ladang yang luas tetapi tetap  nak bukit yang cerun.  

Berbuatlah sesuka hatimu, kelak tunggulah balasannya. Aku juga menunggu bersamamu.

Wallahua'lam~

*Post lama, baru publish.

Ni yang last.. Saya SERIOUS.

Salam awak,

Seriously ni yang last
Saya nak stop.

“Boleh awak tolong saya? Kalau saya mula, awak beritahu saja ‘STOP!’ “
“Mm tengoklah..”

Awak tetap acuh tak acuh nak tolong saya.
Dalam bingung tiba-tiba terdetik ayat ni..


Berbunga api semangat saya, “Ha’ah! apa la... lupa pula. Saya yang kena ubah sendiri. Harapkan orang saja tak semestinya kita dapat hasil seperti yang kita jangkakan. Yosh! BerTUKAR!”

Worry not, I’ll give a STOP sign to myself coz now I know how :)

Wednesday, April 11, 2012

Kita Hidup BerTuhan


Kita Hidup BerTuhan
~~warning-post ini panjang yang amat~~

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Al-Baqarah 2: 30)



KHALIFAH?

Apa makna sebenar khalifah yang manusia amat berbangga dengan ‘title’ ini? Kenapa kita bangga sedangkan gunung yang gagah pun tak mahu menggalas tanggungjawab ini.
KHALIFAH bukan sekadar nama, bukan sekadar pemimpin orang-orang mukmin (yang kita tiada sekarang). Khalifah ialah manusia yang menunaikan haq Allah.

Bagaimana?

Allah SWT tidak meninggalkan kita hanya dengan ‘title’ saja. Manusia dibekalkan ilmu dan cara/teknik untuk mencapai matlamat penciptaan kita. BUT first thing kena perkemas few syarat first:
1      Tahu tugas kita i.e.: kuatkan hubungan dengan Allah. Kemaskan yang ni dan kita akan sampai kepada matlamat kita. Allah akan pimpin kita ke arah hidayahNya, yang penting ikut arahan dengan istiqamah. Dengan ini kita takkan takut atau bersedih hati sebab kita bergantung hanya pada Allah SWT.
2      Tingkatkan yakin/bina hubungan erat dengan Allah. Kenal jati diri kita sebagai hamba akan tutup ruang memilih berTuhan selain dari-Nya. Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan/kehendak Allah SWT, tiada yang boleh ubah selain Allah SWT.
Hasilnya nanti kita akan rasa tenang & aman. Sakinah. Penah rasa tak? :)

SKETSA 1

 Seorang syeikh dipandu oleh driver seorang penyembah berhala. Syeikh tanya, 
"Kalau kamu nak meminta sesuatu kebaikan, kamu minta pada berhala yang mana?"
"Tuhan yang ini." dia tunjuk.
"Kalau anak kamu sakit tenat, kamu minta pada berhala yang mana?"
"Yang satu lagi."
"Kalau tuhan satu lagi tu tak mampu?"
"Minta pada tuhan yang lebih besar."
"Saya hanya minta pada tuhan yang satu, sakit, rezeki semua pada tuhan yang sama. Andai ditakdirkan anak saya tenat dan mati, saya redha atas tentuan-Nya."
Driver tadi terkejut.
"Tuhan kamu satu sahaja?"
"Ya, Tuhan saya Esa dan berkemampuan berikan semua (Satu dan mempunyai Segala Kuasa). Dia yang beri banyak manfaat padaku"
"Adakah Tuhanmu dapat menerima saya?"
"Tuhanku akan bergembira lebih daripada kamu gembira bertemu dengan saya."
"Asyhadualla ilaha illallah wa asyhaduanna muhammadarrasulullah." Lafas syahadah seorang driver.

~Tugas khalifah itu mudah~

Memang mudah kerana segala sarana telah diberikan. Segala panduan telah dibentangkan. Kamu cari tak? Kamu buat tak?

Hasilnya? malu? kalau kena tolak?? aduh. Sampai bila nak maju?!

Hasil bergantung pada Allah --> hidayah milik-Nya
Malu --> hanya perasaan, nyahkan ia
Kena tolak --> cuba lagi, terus usaha.

Andai seseorang mendapat hidayah dengan bantuan kita, milik kita DUNIA & SEISINYA! 
aduh! tak cukup ke?

Fitrah manusia, suka kebaikan. Sekali fitrah ini disentuh dengan kebenaran, pasti mudah untuk kembali kepada Allah SWT.

Mereka yang masih 'single' sering menyibukkan diri dengan bersahabat, bersosial, berkenalan. Sahabat biar beribu, buka tanganmu pada orang ramai, saling mengenali & berkasih sayang lillahi Taala. 
Namun, dalam kesibukan kita, Allah SWT takkan pernah sibuk menguruskan dunia sehingga hilang fokus pada setiap dari kita. Ulang, EACH & everyONE of US! takkan pernah. Kita yang sering hilang fokus pada-Nya, even semasa menghadap-Nya. So, jom refleksi diri & baiki. Tak yah malulah nak menangis, boleh jadi, air mata insaf tu la yg jadi sebab neraka takkan terima kita.

SKETSA 2 

Syeikh bertemu pula dengan seorang alim Kristian. Dia ceritakan satu kisah.

Adapun ada sebuah keluarga dengan 8 orang anak. Si Bapa sangat kaya. Anak-anaknya nak merampas harta Si Bapa. Dipukul, disiksa dan hartanya dirampas. 
Anaknya yang bungsu kesian dan menjaga bapanya yang tidak mampu bangun itu sehingga sembuh dan kembali segar.
Maka, datanglah anak-anak yang durhaka tadi untuk memohon ampunan.
Kata Si Bapa, "Boleh dengan 1 syarat." iaitu dengan membunuh anak yang bungsu tadi.

Syeikh bertanya, "Apakah pendapat anda (alim Kristian tadi) tentang kisah tersebut?"
"Kejam sekali Si Bapa, sudahlah di rawat dan dijaga sehingga sihat, dimintanya dibunuh!" geram Si Alim.
"Tidakkah kamu pelik, sesuatu yang tuhanmu tidak berbuat, namun, dikorbankan kerana dosa-dosa yang kamu lakukan??"
"Bagaimana dengan tuhanmu?" tanya Si Alim
"Tuhanku Maha Pengampun pada setiap pendosa yang meminta ampunan, tidak perlu pengantaraan barang sesiapa pun."

Cukuplah sekadar membuatkan mereka berfikir tentang tuhan mereka. Benarkah ia begini begitu? Adilkah begini begitu? Kejamkah aku?

Perkara terpenting, bersihkan akal fikiran, hati, aqidah dan akhlaq kita. Kita yang tentukan dalam keadaan apakah kita akan bertemu dengan Allah SWT kerana pertemuan dengan-Nya adalah suatu yang PASTI.

ANUGERAH TERINDAH

Anugerah Allah SWT amat hampir. Dia berikan segalanya. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah SWT berfirman:

       "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak" HR Abu Hurairah r.a,


Sweetnya Allah! Kita buat dosa pun Dia masih pujuk~~

Allah SWT suka kita amalkan perkara wajib.
Allah SWT cinta kita amalkan melebihi yang wajib.

Alim Kristian kata Allah itu CINTA.

Syeikh kata Allah saya dan kamu tidak sama. Allah kamu kurang 2 perkara paling penting.

1   Allah SWT mengaku yang dia sangat DEKAT. Tak perlu pengantara si anak etc.
2   Allah bersifat al-Wadud (The Most Loving) Pemilik cinta tertinggi. Zat yang apabila kita putuskan hubungan dengan-Nya, Dia menyambungkan semula, beri ruang pada kita untuk kembali pada-Nya.

Allah SWT tawarkan kita ampunan-Nya sebesar dan sebanyak manapun dosa kita.

Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Dan kembalilah kamu kepada Robb-mu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang AZAB kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong."
(Az-Zumar 39: 53-54)
*digalakkan amat sangat untuk mencari terjemahan sehingga ayat terakhir surah az-Zumar*

Allah SWT pujuk lagi (T_T)

Anugerah terbesar ialah apabila melihat wajah Allah SWT. Nikmat yang paling dinanti-nanti para solihin. Taknak kah kita?

Wallahua'lam


Syeikh yang dimaksudkan ialah Syeikh Habib, tajuk Hidup Bertuhan @ Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati pada 11 April 2012. Syarahnya insya'Allah akan disiarkan di TV Al-Hijrah pada waktu yang akan diberitahu kemudian~