Ahmad: Assalamualaikum, mana
Ummi?
Alia: Waalaikumussalam warahmatullah. Ummi dah pegi keje
dah. Abang gi mana tadi?
Ahmad: Beli nasi lemak untuk breakfast. Nah, amik sebungkus.
Alia: Letak la kat atas meja dulu. Nanti Lia makan.
Alia (adik Ahmad) sedang sibuk dengan
hensetnya.
Ahmad: Amboi, kuat bermesej nampak! Bunyi cam anai-anai. Ko
tengah chit chat ngan menteri besar ke tu?
Alia: Takde ah. Tengah SMS ngan kawan Lia la.
Ahmad: Kawan ke boyfriend? Aku kenal la ko Lia. Lain gayanye
kalau ko tengah SMS ngan kawan.
Ahmad menjenguk henset Alia dan ternampak
mesej "romantik" adiknya.
Alia: Ala abang ni, nyibuk je! Biar la orang nak SMS ngan
sesape pun.
Ahmad: Ye la, masalahnya bila nak topup mintak duit kat abang
jugak. Kalau camni la duit abang menghilang, tobat tak nak bagi dah.
Alia: Rilek la bro! Lia pakai Celcom 8pax la. 0.5 sen je
satu mesej. Tak sampai satu sen pun.
Ahmad: Hmm...dah lain ek skang.
Alia: Apa yang lainnya?
Ahmad: Harga dosa dah makin murah pulak.
Alia: ...
Ahmad: Lia, jom! Nak gerak dah ni.
Alia: Takda mood nak pegi jalan-jalan la. Kalau Lia dok
umah je boleh?
Ahmad: Hai, takkan la nak tinggal Lia sorang-sorang kat
umah kot. Abi nak satu family pegi kan. Jom la. Apsal murung-murung je ni?
Alia tunduk, mengusap-usap hensetnya. Ahmad
dapat menangkap masalah adiknya ada kaitan dengan boyfrennya. Ahmad datang
duduk tepi Alia.
Ahmad: Lia, what's wrong?
Alia: After abang cakap pasal dosa hari tu Lia jadi susah
hati. Lia asyik dok pikir ja apa yang abang cakap tu. So Lia mesej la boyfren
Lia tu.
Ahmad kurang senang bila mendengar perkataan
"boyfren" tetapi dia sabar dan terus mendengar luahan adiknya.
Alia: Lia cakap kat dia yang apa yang sedang kami buat ni
tak baik. Bukannya kami tak tahu pun pasal hukum halal haram ni. Tapi ntah la,
mungkin hati kami ni cuba buat alasan yang "menghalalkan" hubungan
ni.
Ahmad: Alasan yang macam mana tu?
Alia: Ye la, kami takde la pegang-pegang tangan ke or
keluar dating berdua-duaan ke. Kalau spend time ngan dia pun, kami buat study
group or keluar makan ngan kawan-kawan yang lain supaya tak berdua-duaan. But
deep down dalam hati Lia, Lia mengaku yang itu suma excuses untuk bersama ngan
dia. Deep down Lia tau ni suma bisikan syaitan yang cakap hubungan kami ni
"halal".
Ahmad: Okay, itu dulu. Skang ni macam mana?
Alia: After abang cakap pasal dosa tu, hati Lia
menjerit-jerit memujuk Lia untuk keluar dari hubungan ni dan cari hubungan yang
betul-betul halal. After Lia mesej dia explaining suma kata-kata hati Lia ni,
dia rasa tak senang hati pulak dengan Lia. Cakap Lia buang tebiat la and cakap
Lia dah tak sayang dia la...
Mata Alia mula berlinangan dengan air mata.
Ahmad: Jadi, dia break up ngan Lia la ye?
Alia angguk sahaja.
Alia: Kenapa susah sangat nak cari lelaki yang baik
abang? Lia suka sangat kat dia. Dia caring giler kat Lia. Dah la dulu skolah
agama. Lia pun yakin la yang dia lelaki yang baik. Lia berniat untuk amik dia
sebagai suami satu hari nanti.
Ahmad kesat air mata adiknya.
Ahmad: Lia nak kahwin dengan dia?
Alia angguk.
Ahmad: Lia pasti dia calon suami yang baik untuk Lia?
Alia angguk lagi.
Ahmad: Lelaki yang sama yang setuju untuk mengambil Lia
sebagai girlfriend dia walaupun dia tahu hubungan itu tiada keberkatan daripada
Allah?
Alia tidak mengangguk lagi. Dia memikirkan
kata-kata abangnya.
Ahmad: [Gelak kecil] Ha, dah sedar ke belum?
Alia ketawa.
Ummi: Ahmad! Lia! Nak gerak dah ni!
3 bulan telah berlalu.
Alia: Assalamualaikum!
Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah! Hai, lewat balik.
Alia: Lia stay after kelas tadi sebab nak tanya sheikh
beberapa soalan. Ramai giler yang nak tanya, tu la pasal lambat tu.
Ahmad: Fuiyoo, excited benor korang belajar ek.
Alia: Mana tak excitednya, kelas tu pasal kahwin.
Alhamdulillah, sheikh tadi ada buat sesi soal jawab untuk pompuan saja. Time
kelas tu asyik lelaki je yang tanya.
Ahmad: Banyak Lia belajar?
Alia: Alhamdulillah. Lia rasa rugi sebab tak belajar
awal-awal. Betapa indahnya perkahwinan ni kalau dibuat dengan cara yang betul.
Kalau ikut sunnah betul-betul. Kalau Lia tahu awal-awal, takkan terlintas la
nak ada boyfriend.
Ahmad: So kiranya dah ready nak kahwin la ni?
Alia: Well, semalam dah berbincang ngan Ummi and Abi.
Diorang kata asalkan pelajaran tidak terjejas, no problem!
Ahmad: Ha, comey benor la tu.
Alia: OK la bang, Lia nak gi mandi. Letih jugak
kelas-kelas camni.
Ahmad: Mana tak letihnya, pagi sampai petang. Sabtu dan
Ahad pulak tu. Ummi dah sediakan makanan, dah siap mandi tu gi makan ek.
Alia: Okeh!
Henset Ahmad berbunyi. Kawannya menghantar
SMS. Dalam mesej tertulis...
Ali: Alia dah
ready?
Henset Ali berbunyi, dia membaca SMS yang baru
diterimanya.
Ahmad: On my way.
15 minit kemudian, pintu rumah Ali diketuk.
Ahmad: Assalamualaikum!
Ali: Waalaikumussalam
warahmatullah! Masuk la.
Ahmad: Parents ko ade?
Ali: Diorang keluar
beli makanan untuk berbuka.
Ahmad: Ko tak ikut?
Ali: Tak nak ar. Bulan
Ramadhan ni aku kurangkan skit trip aku ke bazar Ramadhan sebab asal aku gi
bazar je sah-sah akan beli lebih dari yang aku perlukan. So, aku just order kat
parents aku je la.
Ahmad: Nice.
Ali menjemput Ahmad untuk duduk.
Ahmad: So what's happenin' bro? It's been three weeks.
When are you going to make your move?
Ali: Sorry bro.
Semenjak kebelakangan ni aku banyak berbincang ngan parents aku pasal kahwin
ni. Parents aku, Alhamdulillah, diorang ada asas agama tapi kadang-kadang tu
pengaruh budaya kuat gak la. So, aku kena banyak kali slow talk ngan diorang.
Ahmad: Oh, apa masalahnya?
Ali: Well, the usual
stuff I guess. Mak aku nak ada sesi persandingan la, nak kenduri besar-besar
la, nak majlis pertunangan la, and ada lagi la budaya-budaya kita yang aku
sendiri pun tak penah dengar.
Ahmad: Ayah ko camne?
Ali: Haha...dia tak
nak buat hantaran. Mas kawen jek.
Ahmad: Kira OK dah la tu. Hantaran bukan requirement pun.
Takkan tu je yang korang bincang?
Ali: Ada la bincang
pasal Alia skit. Aku brief la kat diorang Alia ni camne, based on apa yang ko
bagitau aku. Ko takde tipu aku kan?
Ahmad: Uish, ko makan ubat gegat ke ape time sahur tadi?
Mana ada aku tipu. Dalam hal ni kena jujur la. Suma yang aku gtau ko tu betul,
yang positif dan jugak yang negatif. Kalau aku tipu and ko find out time kawen
nanti perkara sebenar, tak ke huru-hara tu.
Ali: Chill bro, chill.
Aku saje je tanye.
Ahmad: Yang pasal kenduri tu, camne? Aku kurang selesa
skit, especially bab persandingan tu. Aku tak nak la adik aku berhias-hias
pastu kena display kat orang ramai camtu.
Ali: Okay. Aku remind
diorang tujuan sebenar kenduri tu ape. Kita buat kenduri untuk warwar kat orang
ramai yang si A kawen ngan si B. Bukan nak tunjuk kat orang betapa mewahnya
kenduri kita tu. And then aku cakap kat diorang yang aku nak dapatkan redha
Allah dalam setiap langkah aku menuju perkahwinan.
Ahmad: What do you mean?
Ali: Ye la, takkan la
aku nak mulakan perkahwinan aku ngan kaki yang salah? Kalau permulaan aku tiada
berkat, macam mana pulak dengan pengakhiran aku?
Ahmad: Masha Allah, betul cakap ko. Aku tak terpikir pulak
dari sudut tu. Mesti susah kan nak convince parents ko?
Ali: Agak mencabar
tapi Alhamdulillah, aku perasan hati diorang dah terbuka skit. Doa aku
dimakbulkan. Aku bukannya tak nak masukkan langsung adat Melayu dalam kenduri
aku, cuma kena filter la dulu apa adat yang boleh dan yang tak boleh dalam
Islam.
Ahmad: So, skang ni camne?
Ali: Well, aku dah
arrange untuk parents aku meet ngan sorang ustaz ni. Aku rasa diorang lebih
selesa kot dengar daripada dia.
Ahmad: Aku harap semua berjalan lancar la ek.
Ali: Amin. Eh jap,
yang ko tetiba mesej aku kata nak datang umah aku ni nape? Bukan ko ade kelas
memandu ke?
Ahmad: Aku terpaksa postpone latihan aku hari ni, sebab
aku ada hal urgent ngan ko. Nasib baik pelatih aku sporting.
Ali: Apsal ni?
Ahmad: Aku nak sampaikan pesanan. Alia nak melamar ko.
Ali: HA?!
Alia merenung mesej yang dihantar oleh abangnya.
Ahmad: Ali terima.
Alhamdulillah!
Ahmad: Oit budak kecik, termenung jauh nampak!
Alia: Uish, buat terkejut orang ja.
Ahmad: Haha, sorry. Tengah kira duit raya ka?
Alia: Raya dah lepas la. Lia dok tengok mesej yang abang
hantar time pegi umah Ali hari tu.
Ahmad: Takkan angau kot?
Alia: Hai, tarik janggut kang! Mana boleh angau-angau.
Lia tengah pikir pasal soal kahwin ni la.
Ahmad: Abang testing aja la.
Alia: Ummi ngan abi kat bilik ka?
Ahmad: Yup. Nak jumpa diorang skang?
Alia: Boleh gak. Abang teman bleh?
Ahmad: Hai, takkan cuak kot? Diorang bukan nak terkam pun.
Alia: Lia tau la. Ntah la, rasa cam kekok je. Jom ar!
Ahmad: Ye la, ye la.
Ahmad ketuk pintu bilik ummi dan abi.
Ahmad: Assalamualaikum.
Ummi: Waalaikumussalam warahmatullah. Masuk la.
Alia: Ummi ngan abi free ke skang?
Abi: Free je. Tengah
tunggu Isyak masuk.
Alia: Nak bincang skit boleh?
Ummi: Boleh je. Tapi kalau nak bincang pun, masuk la dulu.
Duduk sini ha. Yang tercengang kat pintu tu buat apa?
Alia: Hee...
Alia dan Ahmad masuk dan duduk dekat ngan
ummi dan abi. Alia nampak nervous.
Alia: Fuh, Bismillah. Sebenarnya...
Ahmad: ALIA TAK SABAR NAK KAWEEEN!
Alia: Oi, potong stim la! Orang tengah feeling ni.
Ahmad: Sapa suruh ajak abang teman tadi. Haha!
Alia baling bantal kat Ahmad. Ummi dan abi
senyum saja.
Alia: Ehem.
Anyway, ummi abi tau kan yang minggu lepas Ali terima lamaran Alia. Tapi
unfortunately, kita tak dapat nak bincang ngan lanjut sebab nak sambut hari
raya hari tu. So, Alia nak pick up where we left off.
Abi: Hmm...Alia sure
ke pasal Ali?
Alia: Well, Lia basically tahu in general yang Ali ni
orang yang baik. Tambah plak, Lia dah interrogate dah si Ahmad ni nak tau
background Ali since Ahmad ngan Ali ni best friends. And after that, Lia dah
istikharah dan Alhamdulillah, Lia yakin ini keputusan yang betul. Tawakal
kepada Allah.
Ummi: Study macam mana? Tak ganggu ka?
Alia: Lia slalu dengar la orang cakap kahwin time belajar
ni mengganggu pelajaran. Ramai yang tak excel disebabkan perkahwinan. Tapi Lia
rasa ini tak adil, sebab ramai jugak yang excel selepas berkahwin. Yang tu tak
pulak disebut. Jadi, puncanya ialah diri sendiri yang tidak cukup bersedia,
bukan perkahwinan. Pelajaran Lia skang stabil Ummi dan Insha Allah, tak akan
terjejas disebabkan perkahwinan.
Ummi: Betul. Tapi, ada possibility untuk tangguh sampai
graduasi?
Alia: Lia takut tak dapat nak jaga hati ja. Kalau situasi dah sesuai, kenapa
tak segerakan saja kan?
Abi: Sure dah ready
nak kahwin? Bukan senang tau.
Alia: What do you think? Am I ready to be a wife?
Abi berfikir sejenak.
Abi: I think you would
be a great wife. Like your mother.
Ummi: Hek eleh...
Abi senyum.
Alia: Lia sedar kahwin ni bukan a piece of cake. Tak
macam boyfriend/girlfriend. Mudah dan takda responsibility. Tapi, takda
keredhaan dari Allah. Lia lebih sanggup hadapi cabaran dengan keredhaan Allah,
dari enjoy kesenangan dalam kemurkaan-Nya.
Abi: Good answer.
Ummi: Kenapa Lia nak kahwin?
Alia: Di
mana ada gula, di situ ada semut. Apa saja Allah suka, itu Alia rebut.
Ahmad: Pergh!
Alia: Lia
jugak tengok ini satu peluang terbaik untuk dakwah. Ye la, kita dok cakap kapel
tu haram...haram...haram tapi takde pulak kita sediakan alternatif. And bukan
sekadar sebut-sebut saja alternatif ni, tapi kita tunjukkan contoh. Barulah
masyuk! Moga-moga hati diorang pun terbuka jugak Insha Allah.
Abi pandang ummi. Ummi angguk.
Abi: Ahmad, tolong
jemput Ali datang sini esok.
Ahmad: Okay, Ahmad akan ajak dia dan parents dia datang.
Abi: Nope, dia seorang
saja.
Ahmad: Serius?
__________________________________________________________________________________
Abi: Ahmad, mana
Ali?
Ahmad: Entah. Jap, Ahmad mesej dia.
Henset Ali berbunyi.
Ahmad: Dah sampai?
Ali: Aku kat luar umah ko dah. Cuak kot!
Ahmad keluar.
Ahmad: Assalamualaikum!
Ali: Waalaikumussalam warahmatullah.
Ahmad: La, apsal tak call aku?
Ali: Aku tengah layan fikiran la bro.
Ahmad: Ko fikir banyak sangat la. Jom masuk!
Ali berjalan perlahan-lahan masuk rumah.
Ali: Assalamualaikum pak cik.
Abi: Waalaikumussalam warahmatullah. Sila la duduk.
Ummi: Alia, tolong amik air.
Ali duduk. Walaupun sofa empuk, dirinya tetap
rasa kurang selesa. Abi tahu dia nervous dan dia sengaja tidak mahu memulakan
perbualan. Dia hanya senyum dan tunggu.
Alia: Sila la minum.
Ali amik cawan di depannya dan minum, dengan
harapan dapat mengurangkan kejanggalan situasi. Tak berkesan. Dia sedar bahawa
dia harus berani.
Ali: Ehem...rasanya pak cik dah tahu kot kenapa saya
datang ni kan?
Abi: Kenapa awak datang ye?
Ali: Err...camne nak cakap ek?
Ahmad menghantar SMS kepada Alia...
Ahmad: Abi ni saja
buat orang gabra kan? Padahal dia tahu je kenapa Ali datang.
Alia: LOL! Lia pun gabra gak ni.
Ali: Sebenarnya...saya
datang...nak menyampaikan hajat...ingin...kahwin...dengan......Alia
Abi: Kahwin?
Ali: Ye.
Ummi: Umur awak brapa tahun Ali?
Ali: Saya sekarang dah
21 tahun mak cik.
Ummi: Oh, blaja lagi la?
Ali: Ye.
Abi: Bila awak plan
untuk kahwin?
Ali: Seberapa cepat
yang boleh. Saya tak nak rush, tapi saya jugak tak nak tangguh. Salah satu
agenda saya datang ni nak bincang pasal bila nak kahwin jugak la.
Perbualan sudah mendapat momentumnya. Ali
semakin kurang nervous.
Abi: Dari segi
kewangan, macam mana tu Ali?
Ali: Err...sama macam
Ahmad, saya ada biasiswa.
Abi: Brapa awak dapat
sebulan?
Ali: Alhamdulillah,
dapat $1300 sebulan. Lebih dari cukup kalau pandai belanja.
Abi: Awak tahu kahwin
ni bukan murah kan? Kenduri yang sederhana pun ada la dalam RM14,000. Tu tak
termasuk pelamin, hantaran, upah mak andam, baju pengantin, dan lain-lain.
Ali: Hantaran?
Pelamin?
Ali memandang Ahmad. Ahmad pun nampak keliru.
Ahmad: Abi, kita nak buat persandingan ke? Hantaran jugak?
Alia: Lagi satu, Lia tak tahu pulak Abi nak upah mak
andam. Sejak bila Lia pakai mekap Abi? Gincu pun tak penah pakai. Setakat lip
gloss ja.
Ummi: Well, hari tu kan hari special untuk Lia. Bukan
selalu pun jadi raja sehari ni kan?
Ali: Err...pak cik,
kalau kita tak buat persandingan boleh tak?
Abi: Kenapa?
Ali: Saya rasa kurang
selesa bila bayangkan isteri saya berhias-hias pastu kena "display"
kepada orang ramai. Mata-mata lelaki asing yang memandang tu rasa macam
anak-anak panah menusuk hati saya.
Ummi: Ala, sehari je kan?
Ali: Saya faham. Hari
tu hari special. Kami seakan-akan raja pada hari tu. Tapi, even raja pun harus
patuh pada Raja yang sebenar iaitu Allah kan?
Abi: Kalau tak buat,
nanti apa kata-kata jiran pulak?
Ahmad dan Alia kelihatan kurang selesa dengan
perbualan ini.
Ali: Kita tak boleh
nak puaskan hati semua orang pak cik. Saya bukan kata yang kita tak boleh nak
ada adat langsung dalam perkahwinan ni. Apa yang saya nak katakan ni ialah kita
tapis dulu adat-adat kita ni supaya tak langgar perintah Allah.
Ummi: Tapi ramai je yang buat.
Ali: Saya tak nak
cakap apa-apapun bagi pihak mereka. Itu antara mereka dengan Allah. Dalam
situasi kita ni pulak, ia antara kita dengan Allah.
Abi: Jadi tak nak
bersanding la ni?
Ali: Seeloknya tak
perlu la pak cik. Tapi, kalau nak dibuat jugak, kita boleh adakan sesi
bersanding dengan kaum hawa dan saudara lelaki sahaja. Kaum adam yang asing tak
boleh masuk. Dan kita tak benarkan sesiapa ambil gambar melainkan kamera kita
sendiri. Takut-takut ada yang upload dalam Facebook ke, Flickr ke, dan entah
apa lagi website yang diorang boleh upload gambar-gambar tu. Ha, kalu yang tu
nak bersolek pun takpe.
Abi: Awak tak rasa
ekstrim ke tu?
Ali mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan
senyuman di mukanya dan menjaga adabnya.
Ali: With
all due respect, saya rasa yang ekstrimnya ialah Alia berhias berlebihan depan
khalayak ramai dengan solekan yang berlebihan dan pakaian pengantin yang
terlebih lawa. Kebanyakkan pakaian pengantin Muslimah tidak Muslimah pun,
walaupun labelnya "Muslimah".
Alia: Lia setuju dengan Ali tu. Kalau setakat nak pakai
sehari je, pastu simpan dalam almari and biar berdebu je Lia rasa macam
membazir. Dah la bayar mahal. Kalau mahal tapi boleh dipakai everyday tu okay
jugak.
Ummi: Ummi nak Lia nampak segak hari tu. Kenduri kahwin
tu sekali je tau?
Dengan suara lembut, Alia menjawab...
Alia: Ummi, segak di mata siapa?
Suasana senyap seketika...
Ali meletakkan cawannya ke atas meja.
Ummi: Habis takkan la Lia nak pakai baju kurung biasa je?
Alia: Itulah hasrat hati Lia. Simple. Tapi, Lia bukannya
tidak mengambil kira persepsi masyarakat langsung. Of course Lia akan tampil
bagi nampak seperti seorang pengantin. Cuma, perhiasan Lia tu akan terkawal dan
tidak melampaui batas. So, Lia akan decide sendiri setakat mana Lia nak
berhias.
Ali: Maaf, nak mencelah skit. Saya setuju ngan Alia dan
yakin muslimah macam Alia ni akan tahu batas-batasnya. Saya pun takda la ignore
culture totally. Macam saya cakap tadi, kita cuma kena filter out yang mana tak
boleh pakai and adopt mana yang boleh.
Abi: Kejap, kalau Lia nak decide baju takda masalah.
Tapi, kena bagi Ummi Abi approve dulu. Takut-takut nampak kampung sangat pulak,
malu kita ngan jiran-jiran.
Ahmad terkesima dengan kata-kata Abi.
Alia: Abi, kita bukan boleh nak puaskan hati suma orang.
Lia ni pun tengah bertolak ansur sebanyak mungkin, within Islamic limits.
Izinkan la Lia pakai pakaian yang selesa buat Lia.
Abi pandang Ummi.
Ummi: We'll think about it.
Abi: Ok la. Janji hantaran ada. Ummi, hari tu kat
kenduri minggu lepas diorang buat hantaran RM10,000 kan?
Ali: Erk pak cik, erm...boleh tak kalau kita tak buat
hantaran?
Abi: Haish, jangan camtu Ali. Suma benda tak leh buat
ni.
Ali: Saya
mintak maaf Pak Cik. Isunya ialah saya ni tidak mampu untuk sediakan duit
sebegitu banyak. Lagipun hantaran ni bukannya satu syarat sah kahwin ke ape.
Asalkan maharnya ada kira jalan la.
Abi: Maharnya apa?
Alia: Lia pikir sebentuk cincin pun ok la. Lagi
mudah maharnya, lagi baik kan? Lagipun ni bukan urusan jual beli, ni
perkahwinan.
Ummi: Tapi Ali, pelik la kalau orang tengok kita tak buat
hantaran.
Ahmad: Ehem...jap. Rasanya kita boleh tolak ansur dalam
bab ni.
Semua berpaling kepada Ahmad.
Ahmad: Apa kata kalau kita buat hantaran tu sebagai
sepersalinan pakaian? Alia belikan untuk diri sendiri and then bagi kat Ali.
Pastu Ali pun buat benda sama and then bagi kat Alia. Ye la, takut tak kena
taste la kan. Tak perlu mahal-mahal, setakat mana mampu ja. Pastu balut la bagi
fancy-fancy and jadikan la tu sebagai hantaran. Plus, tak membazir pun sebab
beli sepersalinan pakaian yang akan digunakan everyday. Amacam?
Ali: Kalau camtu saya ok je.
Alia: Setuju.
Abi: Idea tu memang bagus, tapi nanti time kenduri tu
akan ada orang datang and tanya brapa banyak hantaran yang dibuat. Tu soalan
normal. Takkan la Abi nak bagitau yang kita buat hantaran pakaian saja?
Ahmad membisu. Dia begitu yakin ideanya itu
akan menyelesaikan isu tersebut.
Ummi: Kami faham yang agama tu penting, tapi air muka
kena jaga jugak.
Ali: With all due respect pak cik and mak cik, saya
bukannya apa, cumanya saya rasa it's better for me to invest in my
marriage than in my wedding. Kalau kita belanja sampai kering poket or sampai
berhutang or sampai membazir, apakah tu satu permulaan yang berkat? Lebih baik
saya guna duit tu untuk rumah tangga saya.
Ummi: Jangan la buat susah-susah Ali. Kan senang kalau
kita buat ikut cara yang orang selalu buat?
Ali: Ye, memang senang. Tapi senang tak semestinya betul
mak cik.
Abi: Awak
nak kahwin ngan Alia ke tak ni?
Ahmad menghantar SMS kepada Alia...
Ahmad: Lia, camne
ni?
Alia: Ntah,
Lia dah buntu.
Suasana genting seketika. Ali memejam matanya seketika, mengawal
nafasnya kerana apa yang bakal dia ucapkan mungkin penentu segala-galanya.
Dengan lafaz Bismillah dalam hatinya...
Ali: Wallahi, hasrat
saya yang menggunung tinggi sekarang ni ialah untuk berkahwin. Just imagining
it gives me happiness, apatah lagi kalau saya experience it for real. Plus,
saya yakin Alia ni la calon isteri yang saya cari selama ni. Tapi...
Semua menumpukan perhatian sepenuhnya kepada
Ali.
Ali: Tapi
kalau mengahwini Alia bermakna saya kena "ceraikan" Allah dan
Rasulullah, then I'd rather sacrifice my pleasure for the pleasure of my Lord.
Ahmad: Ali, apa maksud ko?
Ali: Maksud aku, kalau
kita nak teruskan jugak ikut apa yang orang cakap, aku rasa mungkin aku akan
tarik diri. Sebab aku tak tergamak untuk gembira pada hari kenduri kahwin aku
sedangkan Allah murka kat aku.
Abi pandang Ummi.
Abi: Ali...I don't
think this is going to work out.
Ahmad dan Alia memandang Abi hampir serentak.
Terkejut.
Abi: Ali...I don't think this is going to work out.
Ali menghembus nafas yang berat di dada,
tidak mampu berkata apa-apa.
[Flashback]
Ali mengetuk pintu bilik ibu bapanya.
Ali: Assalamualaikum.
Ayah: Waalaikumussalam warahmatullah. Masuk la.
Ali duduk bersama-sama ibu bapanya.
Ali: So...camne meeting kita ngan ustaz tadi? What do
you guys think?
Mak: Hmm...kami
faham and setuju ngan apa yang ustaz cakapkan.
Ali: Tapi?
Ayah: Tapi cakap tu senang, buat tu susah.
Ali: Ali
tahu yang cara Ali nak kahwin akan mendapat cemuhan orang. Ali tahu jugak yang
Mak Ayah akan terima komen-komen yang mungkin boleh mengguris hati.
Ali dapat baca kerisauan di muka ibu bapanya.
Ali: Tapi
kalau kita dok ikut saja ngan apa yang masyarakat nak, angguk saja ngan
adat-adat yang kita tahu bercanggah ngan Islam...then when will it end? Someone
has to start the change, and I want to be that someone.
Ayah: Alia pulak macam mana?
Ali: Dia sama macam Ali. Dia nak perkahwinan yang
simple, tapi tak de la menolak semua adat Melayu.
Ayah: Parents dia pulak?
Ali: Tak tau la. Ali tak penah jumpa diorang lagi.
Hopefully diorang sama macam Alia la. So, Mak Ayah ok la ngan keputusan Ali ek?
Ayah: Ayah rasa Ali dah cukup matang untuk tahu betapa
beratnya perkahwinan ni. Kalau Ali cakap yang Ali dah ready untuk hadapi suma
tu, Ayah restu je.
Ali: Mak? Mak nampak cam tengah pikir something je.
Mak: Mak boleh predict yang kawan-kawan mak akan cakap
macam-macam.
Ali: Mak, pikir pasal Allah je Mak. Kalau satu dunia tak
suka tapi Allah je yang suka, itu dah lebih dari cukup Mak. Percaya la,
kata-kata tajam diorang tu akan hilang eventually. Cuma at the beginning je
kita kena bersabar skit. Kalau boleh, Ali tak nak tengok Mak or Ayah sakit
hati.
Ali terima SMS dari Ahmad...
Ahmad: Salam bro.
Parents aku nak jumpa ko. Ko sorang je la. Amacam?
Ali: Ya Allah!
Mak: Kenapa ni?
Ali: Ni
ha, si Ahmad hantar mesej. Katanya parents Alia nak jumpa Ali. Nak jumpa Ali
sorang je.
Mak: Well, in that
case Mak akan restu kalau parents Alia restu. Ali pegi la jumpa diorang.
Ali: Serius? Ali tak
penah buat benda camni. Gabra nih! Lagi gabra daripada interview untuk
scholarship. Ada kata-kata semangat tak?
Ayah: Jangan
terkencing dalam seluar okeh?
Ali: ...
[Flashback tamat]
Abi: Ali...I
don't think this is going to work out.
Ali: Saya
faham. Kalau wali Alia tak restu, saya tiada hak untuk bantah. Terima
kasih kerana sudi luangkan masa ngan saya. Saya...mintak diri dulu.
Alia berlinangan dengan air mata. Ali
berdiri dan berjalan menuju pintu masuk.
Ali: Pak cik, mak
cik...assalamualaikum.
Ali hampir melangkah keluar...
Abi: Ali...
Ali berhenti. Abi berjalan menuju Ali. Semua
menumpukan perhatian kepada mereka berdua.
Abi: Jauh awak datang,
ambil la ni sebagai hadiah.
Abi meletakkan sesuatu dalam tangan Ali.
Ali: Cincin?
Abi: Untuk
Alia. Tahniah, awak lulus!
Ali: HA?!
Abi: Kalau saya nak
kahwinkan sesape ngan Alia, saya nak make sure that he is the best for her.
Ahmad dan Alia: Laaaaaaaa.....
Ummi senyum.
Ahmad menghantar SMS kepada adiknya...
Ahmad: Oi budak!
Mana biskut ngan air? Org tgh lapar ni!
Alia: SABAR LA!
Alia berjalan ke ruang tamu dengan juadah
untuk dihidangkan kepada tetamu: Ali dan ibu bapanya.
Mak: Oh, ni Alia ke?
Ummi: The one and only.
Mak: Ish...ish...lawanya!
Alia senyum malu. Ahmad pula sedang menahan
ketawa.
Abi: Encik
ni pengetua skolah kat sebelah traffic light tu ye?
Ayah: Ye betul. Tapi Insha Allah 2 tahun lagi retire
la. It's about time la anak tunggal saya ni kahwin.
Abi: Alhamdulillah.
Insha Allah cikgu.
Ayah: Ali, bila plan nak buat perkahwinan ni?
Ali: Bergantung kepada
Ayah ngan pak cik la. Bagi Ali, benda ni tak elok ditangguh lama sangat.
Abi: Kalau bulan depan
macam mana?
Ayah: Bagus jugak tu.
Mak: OK ke Ali?
Ali: Ali orait je Mak.
Abi: Kita buat akad
nikah hari Jumaat kat masjid seberang jalan tu selepas solat Jumaat. After
that, kita terus buat kenduri sampai lewat petang.
Ayah: Oh ya, cakap pasal kenduri ni kan. Since kita dok
dekat-dekat je, saya fikir kita buat satu kenduri je cukup. Tak perlu la buat
sampai dua kali.
Abi: Takda masalah.
Kita split cost half and half la ye?
Ayah: Eh eh, tak perlu! Bab kenduri biar pihak lelaki
yang handle. Pihak perempuan tak perlu belanja satu sen pun, sebab encik bakal
hand over tanggungjawab encik ke atas Alia kat anak saya ni. Bagi saya, itu
satu pengorbanan yang...priceless.
Abi: Bila fikir balik,
memang sedih pun. Tapi saya rasa kurang senang kalau tak buat apa-apa untuk
membantu. At least biar saya handle invitations. I insist.
Ayah: Kalau encik rasa macam tu, ok la. Erm...maharnya
pulak macam mana? Pihak perempuan mintak apa?
Abi memandang Alia.
Alia: Saya mintak sebentuk cincin saja sebagai mahar.
Ali: Oh, cincin yang
pak cik bagi saya minggu lepas tu ke?
Abi: Actually, tu
cincin yang pak cik bagi kat isteri pak cik.
Ummi: Pak
cik hadiahkan kat mak cik time kami kahwin dulu. Skang mak cik nak bagi cincin
tu kat Alia.
Abi: Sebagai mahar
pula, pak cik nak mintak yang lain.
Alia: Aik?
Abi: Don't worry Lia.
Sebagai wali Abi boleh tetapkan mahar. Camni Ali, pak cik nak mintak sejumlah
wang sebagai mahar Alia. Wang sebanyak RM2,000. Macam mane?
Ayah dan Mak memandang Ali. Ali nampak
sedikit risau.
Abi: Mungkin Ali rasa
pelik kenapa pak cik mintak wang kan? Sedangkan sebentuk cincin tu nampak
modest. Ali tahu tak mahar yang Rasulullah bagi kat Aishah merupakan sejumlah
wang emas? Lebih kurang 500 dirham dia bagi.
Ali: Iye? Oh, saya tak
tahu pulak.
Abi: Pak
cik consider jugak yang Ali masih lagi belajar dan pak cik consider jugak nilai
mahar yang sesuai untuk wanita seperti Alia. Pak cik fikir RM2,000 itu
reasonable. Betul?
Ali: Betul. Saya mampu
tunaikan mahar tu.
Perbincangan ini berterusan selama hampir 2
jam. Tibalah masa untuk Ali dan ibu bapanya pulang.
Abi: Terima kasih
sebab sudi datang cikgu.
Ayah: Oh takda masalah.
Mak: Saya mintak diri
dulu.
Ummi: Nanti datang la lagi ye?
Ali dan ibu bapanya beredar.
Ummi: Lia, ikut Ummi pegi bilik jap.
Alia: OK.
Dalam bilik Ummi.
Ummi: Nah.
Alia: Apa ni Ummi?
Ummi: Ni baju pengantin time Ummi kahwin ngan Abi dulu.
Ummi simpan elok-elok sampai skang, menunggu masa nak bagi kat anak Ummi.
Alia: Muat ke ni Ummi?
Ummi: Hello...tolong skit! Ummi dulu slim kot. Insha
Allah muat.
Alia: Hehe...terima kasih Ummi. Sayang Ummi.
Ummi: Baju
kurung ni maybe outdated skit. Nanti kita sama-sama hias baju ni bagi lawa
skit.
Alia: OK
Ummi, kita hias sama-sama. Tapi, kalau tak dihias pun Lia dah happy dah. Sebab
Lia dapat pakai baju yang exactly sama yang Ummi pakai. I can't imagine a
prettier dress.
Ahmad ketuk pintu.
Ummi: Masuk.
Ahmad: Uish, baju sape tu?
Alia: Ni baju yang Ummi pakai time dia kahwin ngan Abi
dulu.
Ahmad: Pergh, legendary kot baju tu!
Alia: Haha...jeles?
Ahmad: Ceit! Eh Lia, Abi nak cakap skit ngan ko.
Alia: Ye ke? Okeh, Lia datang skang.
Alia keluar.
Ahmad: Erm...Ummi?
Ummi: Ye?
Ahmad: Abi ada simpan lagi baju pengantin dia?
Ummi: Hmm...rasanya ada. Kenape?
Ahmad: I was just curious. OK la, Ahmad nak gi kemas ruang
tamu jap.
Ahmad berjalan menuju pintu.
Ummi: Ahmad?
Ahmad: Ye?
Ummi: Anis apa khabar?
Ahmad: ...
Alia: Abi nak jumpa Lia?
Abi: Yes. Come, sit
with me for a moment.
Alia: Ada apa Abi?
Abi: Ada something
yang ayah Ali cakap yang buat Abi berfikir. Allah, lajunye masa berlalu! Abi
masih lagi tengok Lia ni macam Lia ni umur 5 tahun. Tak sangka Lia dah nak
berkahwin dah.
Alia: Abi,
tak kira la umur Lia 5 tahun or 20 tahun ke, I will always be your little girl
kan?
Abi: Haha...I
guess so. Tapi Insha Allah, bulan depan Lia akan jadi isteri Ali. That means
that he will be your No. 1 man, not me. Not anymore. Lia faham ke?
Alia: Jangan cakap camtu Abi, sedih Lia dengar.
Abi: Lia...Lia faham
ke?
Alia menangis.
Alia: Ye Abi, Lia faham. But...you will always be my
first love.
Abi menangis lalu memeluk Alia.
Abi: I love you so
much.
*****
Sebulan berlalu. Kedua-dua keluarga berada di
dalam masjid untuk majlis akad nikah.
Ali: Oit, sampin aku senget ke?
Ahmad: Dah OK la bro. Brapa kali ko nak tanya aku ni?
Ali: Nervous kot! Tak sangka ramai giler orang datang.
Ahmad: Tak payah pikir banyak sangat la. Ngada-ngada la ko
ni!
Ali: Hello brader! Nanti bila ko kawen plak aku nak
tengok, nervous ke tak.
Ahmad senyum sahaja.
Abi: Tok Imam, saya tahu yang kebiasaannya wali akan
bagi kuasa wali kat Imam untuk langsungkan perkahwinan. Tapi untuk anak saya
ni, saya nak langsungkan sendiri. Imam tolong jadi saksi la ye?
Imam: Boleh, takda masalah. Itu kan hak encik. Pihak
perempuan ada tetapkan apa-apa syarat kepada pihak lelaki?
Abi: Ada.
Imam: Pihak lelaki setuju?
Ali: Ye, saya dah setuju dengan syarat-syarat tu. Semua
detail ada dalam kontrak perkahwinan ni.
Imam: Biar saya check dulu kontrak ni ye? Sebab
kadang-kadang orang tetapkan syarat-syarat yang tak munasabah, lebih-lebih lagi
yang melanggar agama.
Ali: Takda masalah. Bagus jugak Tok Imam check dulu,
just to make sure.
Imam meneliti kontrak yang diberikan.
Imam: Hmm...saya
tak nampak apa-apa masalah. Alhamdulillah, tinggal ijab kabul ja la.
Abi: Bismillah...
Ali bersedia.
Abi: Aku nikahkan engkau, Ali bin Abdullah, dengan
anakku, Alia binti Ibrahim, dengan mahar RM2,000.
Ali: Saya terima nikahnya.
Abi: Alhamdulillah,
welcome to the family.
Abi memeluk Ali.
Ali: Terima kasih...Abi.
*****
Walimah berlangsung. Suasana meriah dengan
pukulan kompang dan nyanyian nasyid. Rakan-rakan dan saudara mara datang untuk
meraikan penyatuan dua keluarga ini. Mereka yang kaya, miskin, anak-anak yatim,
dan mereka yang alim semua dijemput hadir. Dua khemah besar membahagikan lelaki
dan perempuan.
Di khemah lelaki...
Ahmad: Bro! Ko dah jadi suami orang la skang!
Ali: Alhamdulillah, aku bertuah. Best friend aku dah jadi ipar aku.
Ahmad: On that note, ko kena jaga-jaga skit la. Kalau Alia tak bahagia,
aku sekeh ko!
Ali: Rilek
bro, rilek.
Ayah: Ali,
mana Mak letak bunga telur yang banyak-banyak tu? Bakul ni dah kosong.
Ali: Ada
kat dalam rumah, sebelah telefon. Ayah tunggu sini la, biar Ali amikkan.
Ayah: Eh
eh, tak payah! Ali layan tetamu sudah. Ramai kawan nak jumpa.
Bakar: Assalamualaikum! Ali my brader, barakallah!
Ali: Waalaikumussalam
warahmatullah. Thanks bro! Mintak doa banyak-banyak tau.
Bakar: No hal, boleh aja. Ahmad, assalamualaikum!
Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah!
Bakar: Ahmad, Samad tengah carik ko la.
Ahmad: Oh ye ke? Mana dia?
Bakar: Tu ha, dok ngan si Amin, si Hakim, and si Bakri.
Ahmad: Oi Ali, jom gi jumpa diorang!
Ali: Jom!
Eh jap, mana phone aku ek?
Ahmad: Ni ha, kan tadi ko suruh aku pegang?
Ali: Ops,
lupa. Bak sini phone tu.
Di khemah perempuan...
Alia: Eh...Anis?
Anis: Assalamualaikum!
Alia: Waalaikumussalam
warahmatullah! Bila masa ko balik? Ingatkan kat universiti lagi.
Anis: Aku
amik cuti la. Takkan la nak miss walimah ko kot. Ni ha, siap bawak geng lagi.
Alia: Ya
Rabbi! Nur, Laila, Aishah! Korang datang rupanya. Mati-mati aku ingat tak
datang tadi. Dah la tak mesej pape pun.
Aishah: Mabruk Lia! Of course la kitorang datang. Kena la memenuhi
jemputan, lebih-lebih lagi jemputan ke walimah ko.
Nur: Tahniah!
Saje je tak mesej sebab nak bagi surprise.
Laila: Eh, pinggan mane ek? Aku lapar ni.
Alia: Eh
sorry sorry! Korang tetamu istimewa, masuk ke dalam rumah je la. Ummi aku ada
kat dalam.
Nur, Laila, dan Aishah bergerak masuk ke
dalam.
Alia: Anis?
Tunggu apa lagi?
Anis: Erm
Lia...Ahmad mana?
Alia: Tu!
Dok ngan Ali.
Anis: Oh...OK.
So, tu la suami ko?
Alia: Yup!
Telefon Alia berbunyi. Ali menghantar SMS...
Ali: Tiba-tiba rasa macam sorang poet pulak hari ni.
Alia: Hihi...really?
Ali: Betul la.
Alia: How come?
Ali: I
looked at you today and a poem was written in my head. Subhanallah, tetiba jek!
Alia tersenyum sendirian, sambil
menjeling-jeling kepada suaminya. Ali dapat menangkap jelingan isterinya itu.
Alia: Mana poemnya?
Ali: Ala...takkan nak bagi pakai SMS je kot?
Alia: Abang sibuk layan tetamu, Lia pun sibuk layan tetamu. SMS pun kira OK la,
at least for now.
Ali: Okay, you ready?
Alia: Iye. Bajet je abang ni, macam la poem dia bagus sangat.
Ali: Amboi!
Alia: Kihkih...gurau je. Silakan Mr. Poet!
Alia menunggu SMS daripada suaminya...
Ali:
My love for you is not of this earth, but of the Heavens
Yet I know it's not possible, because Heaven is greater
And the greatest of all Heavens, is the one with you in it
For Heaven will not feel heavenly without you, my love
Alia terduduk. Perlahan-lahan air matanya mengalir dan berhenti di
bibirnya yang sedang mengukirkan senyuman.
Anis: Alia? Nape nangis ni?
Alia: Lain rasanya...
Anis: Apa yang lain?
Alia: Bila lafaz cinta itu halal, memang lain rasanya.
Anis memandang Ahmad di seberang sana...
*TAMAT*
Sanggup kita buat macan ni kalau endingnya tak segembira ini? Jom cuba~ biar semua faham indahnya islam :)
Tak kesahla orang kata apa, janji Allah redha.