Wednesday, October 20, 2010

Bekalan Kehidupanku~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum wbt


Dari Mua'z bin Jabal r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kaki anak Adam selagi mana dia tidak menjawab akan empat soalan; jasadnya ke mana digunakan, umurnya di mana dihabiskan, dan akan ditanya akan hartanya dari mana ia diperoleh dan ke mana pula dibelanjakan, serta apa yang dilakukan dengan ilmunya." (riwayat al-Tarmidzhi, jld:7, hlm:101, hadis hasan sohih)

Soalan 1: JASADmu ke mana digunakan?
Soalan 2: UMURmu di mana dihabiskan?
Soalan 3: HARTAmu dari mana diperoleh & dibelanjakan?
Soalan 4: Apa yang kau lakukan dengan ILMUmu? 

Empat elemen yang sebenarnya pinjaman dan amanah besar membawa bersama tanggungjawab yang sangat besar! Jika tidak masakan kita akan ditahan sebelum menjawab 4 soalan ni! Jasad, umur, harta & ilmu. Alat penting untuk dimanfaatkan sebaiknya.

Namun, kita tidak perlu risau kerana Allah SWT tidak akan menghukum kita sebelum dibekalkan dengan cara untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. 

Jaga Hubungan dengan Allah

Kita tidak akan mungkin sanggup memikul tanggungan ini dengan lurus tanpa terlebih dahulu melaksanakan tanggungjawab atau hak Allah SWT pad kita. Inilah bekalan terpenting bagi memastikan bahu kita sanggup menanggung beban yang berat ini dengan tenang dan hikmah. 

Untuk itu kita perlu menjaga hubungan dengan Kitabullah. Kita perlukan tadabur Quran, kita perlu taat perintah & syariat di dalamnya untuk menyelusuri kehidupan ini, berhenti dari melakukan larangannya. Undang-undang inilah bekalan yang pertama kita perlukan bagi memastikan kita benar pada landasan yang lurus. Bekalan yang mendokong kelangsungan hubungan dengan Allah SWT. Kata-kataNya bisa dekat dengan kita, nasihatNya sentiasa di hati kita, laranganNya sentiasa menjamin keselamatan kita, kata-kata cintaNya mencakupi segenap ruang lingkup kehidupan kita hingga perasaan dibuai-buai merinduiNya. Menjadikan kita rapat dengan semua yang dekat denganNya, masjid, majlis ilmu, ta'alim, tazkirah dan yang mendekatkan denganNya seperti QIAMULAIL. Al-akh dan al-ukht sepatutnya tidak meninggalkan bekalan yang satu ini kerana qiamulail pernah dijadikan Allah SWT waktu yang wajib untuk bangun dan bersamaNya. Seolahnya solat fardhu adalah 6 waktu!

Akhlaq yang Mulia

Muslim yang mu'min pastinya menjiwai konsep ehsan. Berbuat seperti kita melihat Allah atau sekiranya tidak mampu mengetahui Allah melihat kita. Dengan memahami konsep ini secara fitrahnya kita akan berakhlaq dengan akhlaq islam yang mulia. Muhasabah menjaga dirinya setiap masa dan jalannya adalah dengan akhlaq yang hasan. 

Muslim yang mukmin juga perlu memastikan aqidahnya sohih dan ibadahnya sejahtera agar tidak terpesong dari landasan al-haq. Ya, kita kenal ramai manusia yang baik atau kita sendiri dikenali sebagai muslim yang baik. Namun, baik dipandangan siapakah kita? Allah menberikan banyak amaran dan berita gembira kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dengan azab yang keras. Nah, inikah kebaikan yang kita tunjukkan? Walau sebaik manapun manusia di mata manusia, Allah dengan mudah menjadikan amalan kita seperti fatamorgana apabila niat kita berpaksikan selain dari Allah & rasulullah.


wallahua'lam

Monday, October 18, 2010

"Tanpa syuyukh tak mungkin kita berada di jalan ini"

Salamualaikum wbt
Ana kongsikan pendapat seorang al-akh dalam facebook ana. Moga bermanfaat.

Muhammad Hussaini Khairudin
 
Ukhti Asma' dan sekalian ikhwah akhwat

Kita yakin (sentiasa dalam pengharapan) tidak ada prasangka buruk antara para syabab dan syuyukh dalam kenderaan dakwah ini. Jika tidak, masakan mereka masih berada di dalamnya bersama-sama. Ukhuwwah da...n tsiqoh merupakan antara pilar penting berdirinya sebuah bangunan ummah. Tanpa atifi (cinta), mustahil dakwah ini dapat berjalan, itulah hakikat dakwah yang didukung oleh Ar-Rasul.

Jemaah ini milik semua ahlinya. Semua ahli menjaga keutuhan jemaah dakwah walau dari mana ceruk/penjuru sekalipun. Ada yang bertanggungjawab menjadi muwajjih, ada yang menjadi presiden, ada yang menjadi qiyadah, ada yang menjadi pemandu kenderaan, ada yang uruskan teknikal, ada yang menjadi penyambut tetamu, semuanya ada hak terhadap dakwah ini, terhadap jemaah dakwah ini.

Jika dalam dakwah ini, ada nya kekurangan, adanya cacat cela. Peranan semua orang tidak kira syabab atau syuyukh adalah menampungnya, menegur dengan penuh hikmah, dan merawatnya.

Kata Hassan Al-Banna (Dakwatuna):

3 perkara yang perlu kita buat:
-diagnos sakit ummat
-menentukan rawatan kesakitan
-konsisten makan ubat

Itu juga yang perlu kita buat jika adanya masalah dalam jemaah kita.

Jangan kita pendamkan dan terus merasakan tidak mengapa salah itu dan ini dalam kita bergerak ini. Sedarlah bahawa kebanyakan masalah BESAR datangnya dari masalah-masalah 'kecil' yang dipendamkan. (Al-Mutasaqitun, Fathi Yakan). Banteraslah semuanya dengan optimistik yang Allah akan menyembuhkan kita dengan kesungguhan usaha kita ini.

Sekali lagi hikmah perlu ada untuk memastikan rasa sayang akan tetap menjadi gam pelekat setiap insan dalam jemaah ini.

Kita perlu sedar dalam jemaah ini, para syuyukh bukan sahaja pemulanya, namun mereka lah yang memberikan kesedaran tarbiyyah setiap gerak nadi kita pada hari ini. Malah hingga hari ini, para syuyukhlah yang bertanggungjawab menyalurkan fikrah, ruh, pengalaman, hamasah jihadiyyah, jiddiyyah, tadhiyah, intibad dan segala-galanya hingga ia menjadi nadi/bekal untuk kita bergerak pada hari-hari seterusnya.

Bayangkan kalau kita mengabaikan mereka? Bayangkan kalau kita buat tak tahu akan kekurangan/kelemahan yang berlaku? Lantas kita juga yang menerima impaknya.

Dakwah yang kita gerakkan ini, jika tidak mendapat bekalan yang mencukupi, akan perlahan dan terus perlahan dan akhirnya kita sendiri akan lesu dan meninggalkan jemaah dan dakwah ini (nauzubillah).

Syabab pula mempunyai suatu misi yang sangattt besar. Merekalah kader-kader inti yang seharusnya menggerakkan tubuh ummah ini dengan semangat mereka. Dari tangan merekalah akan masuknya lebih ramai syabab lain ke dalam jemaah ini.

Ana hairan melihat jika ada ikhwah akhawat yang berada di sayap pemuda, namun terus dalam kelesuan. Masih 'praktikal'. Tidak menunjukkan ciri-ciri syabab yang sepatutnya. Apa gunanya diadakan sayap pemuda? Baik gabungkan sahaja dengan induk ikram!

Kesimpulannya, semua orang patut mainkan peranan dari sekarang. Tanpa merasakan diri mereka lebih tinggi dari sesiapa. Yang muda hormati yang tua, yang tua sayaaaaangg yang muda. Hakikatnya semuanya saling cinta mencintai keranaNya.

Dan hakikatnya, hidayah itu milik Allah. Diberikan kepada siapa sahaja yang Ia ingini.

Sunday, October 17, 2010

Dalam Perkongsian ada Bekalan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum wbt ikhwah wa akhawatifillah

Kaifahal? Kaifa iman? masih amiq?

Alhamdulillah. Segala yang dilalui selama 3 tahun umurku ini dimantapkan lagi selepas terima semangat dari Syeikh Mohamad Hameed. Subhanallah!

Sungguh tak tahu mana nak mula...terlalu banyak teguran dan "tembakan" tepat yang mengena batang hidungku. Dakwah dan Tarbiyyah. Suatu proses yang enak untuk dilalui apabila hati faham benar tuntutan-tuntutannya. Suatu proses peneguhan peribadi, pemikiran, perbuatan dan segala tindakan. Suatu proses yang menuntun jalan menuju Ar-Rahman. Suatu jalan yang tidak bisa dilalui dengan gopoh gapah dan semangat yang tidak berpandu.
Imbas semula perjalananku di sepanjang 3 tahun yang indah ini...semuanya terhimpun dalam dauroh sepanjang 3 jam tadi. Perjalanan ini dimulakan dengan kesedaran bahawa aku bukanlah muslim yang baik. Semangat untuk berubah meningkat dengan mendadak hingga hikmah sering kucicirkan dibelakangku. Ingat lagi adikkulah antara insan yang menegur kejahilanku dalam meninggalkan hikmah ini. Aku terlalu taksub sehingga semangat itu tidak dipandu dengan ilmu yang benar. Sungguh terkesan dengan perkongsian Ustaz Md Isa, suatu hari di dauroh yang lain, katanya "tak mengapa jika antum buat salah walaupun kami dah tegur dan larang, antum nak buat juga teruskan. Tapi bila antum jatuh, jangan gusar, kami ada dibelakang antum." kurang lebih inilah message yang ana faham dari perkongsian ustaz tu... Betapa pentingnya harga sebuah hikmah yang jika perlu kita buat salah hanya untuk mendapatkannya. Betapa mulia pengorbanan para syuyukh. Jasa kalian mendidik kami hanyalah Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.

Intima' Hati dan Perasaan

Dakwah dan Tarbiyyah adalah proses yang berterusan. Proses yang perlu dilalui dan dirasai sendiri seorang akh/ukht dengan hati dan perasaannya (Intima' pertama). Ikatan yang dibina berdasarkan slogan "UKHUWAHFILLAH" menjadikan aku merasa senang dengan kesakitan, senang dengan kedukaan, senang dengan pandangan-pandangan sinis kerana ku tahu ada pendokong dihadapan, dikiri, dikanan, dibelakang, dibawah dan diatasku. Ikatan ini hanya kerana aku cuba untuk melaksanakan janji-janji dalam syahadah dan iftitahku sebaik mungkin. 

Intima' Fikri

Siapa sangka dalam masa yang singkat seluruh 3 tahun hidupku terbentang dihadapanku seperti slideshow presentation. Ikatan hati dan perasaan disusuli pula dengan kefahaman yang jelas tentang fikrah jalan ini (intima' kedua). Fikrah yang membentuk pemikiranku, yang kemudian mendidik amalku dan segalanya kefahamanku selama ini tentang kehidupan berubah setelah itu. Bagaimana mungkin dahulu aku dapat menerima orang lain yang membuat keputusan untukku berkenaan dengan kerjayaku, rumah tanggaku, di mana akanku menetap, wang ringgitku ke mana akan disalurkan, malah semuanya. Tidak mungkin sehinggalah aku benar-benar menjiwai dan merasai kepentingan pengorbananku untuk Dakwah & Tarbiyah. Agar sumbanganku diterima sebagai amal yang soleh, agar aku peroleh ganjaran yang lebih baik dari dunia dan seisinya.

Intima' Tanzimi

Dengan segera aku telah didedahkan dengan tanzim (intima' ketiga). Wallahua'lam keadaan aku ketika itu, aku sendiri sudah tidak pasti. Namun yang pasti aku bisa menerimanya dengan baik kerana Dakwah & Tarbiyyah selama 20 tahun telah berlegar-legar disekelilingku walaupun aku belum sebahagian daripadanya secara sedar. Aku hanyalah anak seorang al-akh dan al-ukht yang banyak salah faham dan memandang serong jalan ini. Melihat kesibukan dan kecenderungan abah & mama pada "kumpulan usrah" ini menjadikan aku selalu cemburu dan menjauh darinya. Alhamdulillah Allah memilihku untuk berada dikedudukanku sekarang ini. Kerana sekarang aku mengerti kesibukan yang menenangkan hati dan kecenderungan yang tidak mungkin kulepaskan (insya'allah). Kumpulan usrah yang mengikat abah & mama ini bukan calang-calang kumpulan kerana kumpulan ini mengikat hati-hati di dalamnya untuk bersungguh-sungguh demi redha Allah. Subhanallah! Sekarang kumengerti tanzim yang membentuk peribadi dan fikrah abah & mama dan ramai lagi individu-individu yang ikhlas lillahita'ala!
Perkataan yang Berat!

Ketiga-tiga intima' inilah yang mengikat hati-hati supaya dekat dengan Pencipta. Ketiga-tiga intima' ini juga tidak boleh tidak! mesti dikokohkan secara berterusan. Jika diceraikan salah satu darinya ternyata ikatan ini tidak mampu mendokong tanggungan yang berat ini. Firman Allah SWT:

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلً
(Muzammil 73:5)
Maksudnya: Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.
Tanpa ketiga-tiga intima' ini daie bisa jadi futur boleh jadi disebabkan tiada peningkatan amal (statik) yang menuju ke arah kebosanan, kefahaman yang salah, merasa berat, kecenderungan untuk tidak merasakan pengorbanan dan sebagainya. Alhamdulillah kita dipilih khusus oleh Allah untuk membuka hati, penglihatan dan pendengaran kita untuk bergabung dalam jamaah islam ini dengan sempurna. Sempurna dari segi perlaksanaan tuntutan-tuntutan atau hak-hak Allah mahupun hak-hak kita sendiri insya'allah.

Namun, ikhwah wa akhawatifillah ingatlah kita tidak akan mampu menanggung beban ini tanpa hubungan yang mantap dengan Pencipta. TAK MUNGKIN! Jadi janganlah kita membongkak diri, menabik dada, takabbur dan ujub dengan kejayaan yang Allah kurniakan dalam jalan ini. Siapalah kita tanpa kasih sayangNya...Fikir dan dzikir.
Kesimpulan:
Tiga intima' yang wajib dipelihara:
  1. Intima' hati dan perasaan
  2. Intima' fikri
  3. Intima' tanzimi
 Wallahua'lam
Taman Rona  2
18 Oktober 2010
1.30am