Sunday, April 12, 2009

Want One ? ?

Salam ikhwah akhawat^_^ ~ kami design beg & t-shirt labuh, insya'allah beg siap jumaat ni & t-shirt siap 2weeks lg insya'allah jOm support kami berniaga! my lecturers once said klantanese are good in business hehe let's prove it! ikhwah blh bg pd ibu, mck2, adik2, kakak2 @ myb wife antum!akhawat blh bg hadiah utk diri sndr @ hadiahkan pd senarai penerima hadiah diatas & tak lupa kawan2 & mad'u2 antuna, dakwah melalui hadiah insya'allah berkat^___^
Ada yg berkenan? haa cpt2 order lambat tak dapat tau @)~ ps//: suma empat2 design baju labuh ada poket^_^ harap memudahkan urusan~ wallahua'lam Asma' Zaid~ 0137152778 (Batu Pahat)

my loves^_^

Assalamualaikum wbt LOVE! tup tap tup tap...kita dah dewasa suma (insya'allah^-^ ada yg blm kah??) jom kita tgk muka2 kita skrg, comel2kan? "COMELLLL....!!!" ok so ni suma pinjamanNya (alhamdulillah) jgn ada antara kita yang riak & sombong dengan nikmat dunia ni. Allah SWT dah kata yang penting ialah taqwa bukan wajah cantik, bukan harta yg banyak, bukan pointer hebat, bukan suami soleh, bukan bukan BUKAN segala yg zahir tapi HATI...hati yang sentiasa tunduk patuh (abdi) pada Pencipta yg tlh menciptakan makhluk yg jauh lbh hebat dari kita (pada pndgn mata kita) tapi Allah SWT kurniakan akal utk berfikir. Kerap kali Allah SWT bertanya "affalatakkiluun?" tidakkah kamu berfikir? Maka, knp la kita senang fikir ttg keSENANGan diri drp fikirkan kebesaran kekuasaan keesaan-Nya? sedang Allah SWT dah bgtau 'Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah' (90:4) dgn ayat ni Allah SWT pujuk Rasulullah saw yg berduka krn jalan dakwahnya yg berduri. Allah SWT kata kita mmg diciptakan untuk berSUSAH PAYAH, jd knp nak bersenang lenang goyang kaki sedangkan umat sedang SAKIT TENAT..sedang umat diDERA diSIKSA malah diBUNUH KEJAM!! Allah SWT bg 2 pilihan. bukan 1, bukan 3 atau 4...2. samada kita nak b'juang sama2 islam atau taknak b'sama islam (fikir:bukankah taknak b'sama islam = kafir?wallahua'lam) tanya diri..'golongan manakah aku?' to all MY LOVES..MY DEAREST SISTERS... i can only touch your eyes when you read this & maybe i've touched your heart but only Allah SWT can OPEN your heart to accept & act according to HIS will... wallahua'lam let us pray to Allah SWT, may all the nikmat HE gave us were used with HIS bless & only for HIM (lillahita'ala) wallahua'lam

kata2ku yg pernah ku lupai

Assalamualaikum wbt.. this is smthg i wanna share with every khaliph and myself. may Allah make us istiqamah in this never ending hardness path (al-Balad 90:4)
Q: kak asma..camne kite nk dptkn hidayah Allah ye??mcm mne nk teguhkan keyakinan & keimanan kite ye??hmm.. A: Subhanallah!!Maha Suci Allah..first of all akak sangat bangga sebab adik akak ni mencari hidayah Allah^-^ syabas2.. Nak dapatkan hidayah Allah kita kena cari..cari kat mana?? kat hati..tanya hati kita “kenapa aku ada di dunia ni?apa tugas aku?apa yang aku dah buat sepanjang hidup ni?” bila rasa something missing..time tu kita kena panik!! sebab rupanya baru kita sedar sepanjang belas2tahun hidup banyak masa kita alpa dalam keseronokan…takde tujuan yang jelas…rasa berbelas tahun kita sia2kan.. astagfirullahal adzim!!(x3) TAPI! nak ke kita terus biarkan diri kita terus leka?terjelopok dari titian sirat ke neraka? therefore kita kena BANGUN! bangun dari jatuh yang lukakan lutut..bersihkan ‘luka’ dengan banyak istifar dan taubat, kemudian cuci dengan air mata insaf dan wudu’,basahkan bibir dengan zikrullah untuk cepat sembuh,lepas sembuh dan ‘kulit’(semangat) baru dah terbina cantik, banyakkan amal dengan amalan orang2yang soleh ^_^ (teori asma’ zaid) Allah SWT menyifatkan diriNya Yang Maha Pengampun kan?jadi kita wajib yakin dengan janjiNya,yang penting jaga taubat kita sebab once kita kata kita taubat “JANGAN ULANG SEMULA!” mula2mesti perang dengan hati kata “aku benci perbuatan sia2!!!” (contohnye~) mesti nekad, no room for turning back nor U-turn.. kalau susah juga, cakap pada kawan2..biar sama2benci perbuatan sia2dan saling mengingati supaya misi berjaya ^-^ (sounds agak childish but it works*_*) Lain orang lain caranya..jadikan diri kita selesa dan tak terbeban beribadah..jangan paksa2 -paksaan untuk anak2kecil- IKHLASkan hati..bebaskan minda dari pengaruh tak wajar, dari segala benda selain dari Allah..sebab sesungguhnya kita hidup untuk Allah, masa kita milik Allah..ingat lagikan..hidup dan matiku hanya kerana Allah..so we have to act like it..yang sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia..sebagai hamba.. Cuba kita lawan fitrah manusia..contohnya ngantuk tidur..cuba satu hari tak tidur, pergi kelas, buat aktiviti macam biasa, malam teruskan belajar sampai pagi..seksa tak?seksakan..Allah dah ciptakan malam untuk istirehat jadi kita mesti akur,kalau tak kan menyeksa diri.. Satu lagi contoh..andai kata kita suka mencuri.andai pula satu hari barang kita yang dicuri..apa perasaan kita..seronok tak? sama juga orang lain. semua marah bila kena curi..even curi masa pun sometimes orang tak suka..Islam ajar supaya kita menjaga hati orang..andai kita fikirkan hati orang lain,mesti kita takkan mencuri..cuba cari lagi contoh2yang simple..Allah takkan larang andai sesuatu perkara tu tidak memudaratkan manusia.. Salah satu reason Islam is beautiful ^_~..sangat indah kerana ia datang dari Khaliqul’alam^_^ not man made.. (hehe sorry ‘ter’panjang pulak#_#)wallahu’alam muhasabah//: apa yg btl2 aku nak dari kehidupan ini? ~semua pinjaman Allah SWT even tiap nafas..bila Allah nak tarik semula kurniaan oksigen masa tu mana aku nak cari oksigen? mana? mana? aku guna sume yg Allah beri to the fullest :D -jariku utk tekan key board ni -mataku utk melihat dunia yg indah -kakiku utk g kelas -telingaku utk dgr -mulutku mengeluarkan butir kata hahaha...bagusnya aku! ~demi haqkah segala nikmat manfaatkan?demi Allah kah? ingtlah kita ni kerdil sgt, paling byk dpt nikmat tp plg byk ingkar perintahnya. Allah panggil solat (azan), hbskan cite korea dulu, fikir2kan wahai diri yg sering alpa...

Thursday, February 26, 2009

Kasih2&sayang2ku

Adik2 kasih dan sayangku Jejak langkahku kukuhkan dengan iman & ilmu Moga kalian terasa indahnya agamamu Jejak langkahku kukuhkan walau degup jantung seakan berlari kesana kemari Jejak langkahku jelas ditujukan padamu supaya terbina syabab soleh wa musleh di MRSM BP Ternyataku kagum! Melihat Sayang lebih dari Kasih Berkenalan dengan Sayang yang aktif dan Kasih yang pasif Takut & gerun menyelubungi jiwaku tika army yell fasi di sambut dengan JERIT PEKIK dan aksi hyper aktive adik kasihku Namun kusedar, ku datang bawa misi Misi besar tinggalan Rasulullah Insya'allah telahku bawa dengan hati yang ikhlas keranaMu ya Allah Ku limpahkan kasih & sayang dengan izinMu Ku kongsikan ilmu & ku belajar dari kalian Sungguh! Kalian mengajarku erti sabar & tabah Kalian penaik semangatku untuk istiqamah di jalan mustaqim ini Kalian lebih berharga dari permata Kalianlah intan dihatiku Sejak pertama kali bersua muka Cinta & kasihku mula berkembang mekar Moga kembangnya dipayungi lembayung rahmat dan menjalar hingga ke Firdausi "Jaga solat, bila adzan berhenti dulu, jumpa Yang Maha Esa, baru dapat kaf ba ro kaf alif nun" harapanku kalian ingat pesan pramugari ini 29 jam kita terbang bersama, berta'aruf bersama, menjalin ukhuwwah bersama, berpoco2 bersama, meniti angin malam bersama, menangis bersama & yang paling pentingberikrar bersama berusaha untuk soleh wa musleh Melihat kehidupan harian kalian diasrama Kurasa sangat rugi jika islam tidak digarapkan sebagai cara hidup Bukankah islam itu cara hidup muslim? Ya! cara hidup manusia yang paling LUARBIASA HEBAT dalam segalanya! Ingat kata2 Makcu adik2ku "Allah tidak menilai rupa paras, pangkat, & harta, Allah hanya menilai iman & taqwanya amalan kita" Kutahu kalian insaf dengan kehidupan dibelakangmu, kujuga begitu Kuharap taubat kita dijaga dan mengalirnya airmata kita tidak hanya di KBM Jangan kita lupa Allah melihat kita 24 jam Mahukah kita nanti Allah tunjukkan video kita bermaksiat disana?Nauzubillah! Kami memohon ya Allah moga dijauhkan... Kalian masih muda adik2ku namun ajal maut tidak menjauh darimu Malah telah ada di kalangan kalian yang pergi menemuiNya Usia 16 tahun padaku menjadikan kalian matang menggunakan akal Berfikirlah adik2ku, BERFIKIRLAH! Moga tabah hati tak berbelah bagi Hiasi diri dengan iman & amalan soleh Kudoakan kalian tenang dalam final & moga jodoh kita dipanjangkan didunia & akhirat sana Kak Asma' KBM MRSM BP 25/10/08 ~27/10/08~