Wednesday, December 15, 2010

Cabaran


Minggu ini, cabaran yang diberi oleh Allah menguji keimananku.. Aku diuji dengan ujian kesihatan  dan minggu ni jugak ada exam sedang berlangsung. Di sini aku ingin katakan kebergantungan kepada ALLAH sangat tinggi dan aku rasa aku harus kuatkan imanku untuk melawan sakitku dan untuk persediaan exam. Aku berharap moga aku kuat dan tetap dengan jalan ini…amin.. insyallah
syabab-Wana

Monday, November 29, 2010

AL-ADIYAT



“sungguh, manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur ) kepada Tuhannya
(100:6)


Tiap kali bila aku pergi ke mall, tidak dinafikan ada kemungkaran yang dapat aku lihat.. apa aku buat??
1.       Tengok je.
2.       Berlakunya pergolakkanm su’uldzon dalam hati.
3.       Berfikir  “apa matlamat dorang kt dunia ni??”
4.       Berlalu dengan melihat mereka sahaja.


Bila dibuat check list macam ni, baru kita tahu, kat mana kecenderungan pemikiran kita. Rupanya, pemikiran dan tindakan aku masih berada di takuk sebelum aku benar-benar  paham apa itu ISLAM.  Maknanya, semua perkara yang aku lalui sama ada daurah , usrah , katibah dan mukhayyam tak memberi apa-apa kesan. Pernah seorang akhawat berkata kepadaku  ketika aku memberi markah  respon majlis ilmu. “ markah rendah tu, disebabkan oleh penceramah tu, atau diri kita sendiri?”


Jawapannya??? Diri kita sendiri..sebab??kita yang mengawal diri kita,otak kita dan jasad kita..
ALLAh berfirman  dalam surah al-anfal:53


“yang demikian itu kerana sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikan NYA kepada suatu kaum , hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh ALLAH Maha Mendengar, Maha Mengetahui”

Berbalik dengan mall di atas. Aku terasa yang aku ni sangat tak bersyukur. Sebabnya?? Aku tidak menyampaikan yang benar kepada yang tidak mengetahui. Kenapa aku hanya membiarkan dorang buat perkara yang tidak betul?maknanya, aku tergolong dalam golonhan yang ingkar???tempat orang yang ingkar  neraka..tempat di mana api menjulang-julang??nauzubillah..jari baru kena ubat nyamuk dah nangis-nangis..macam mana pulak dengan api yang menjulang-julang..sungguh tak sanggup.


Tugas aku!!!


Sampaikan islam..(sesak plak nafas ^o^)


Syabab - Faz
                                            ****************************

Wednesday, October 20, 2010

Bekalan Kehidupanku~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum wbt


Dari Mua'z bin Jabal r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kaki anak Adam selagi mana dia tidak menjawab akan empat soalan; jasadnya ke mana digunakan, umurnya di mana dihabiskan, dan akan ditanya akan hartanya dari mana ia diperoleh dan ke mana pula dibelanjakan, serta apa yang dilakukan dengan ilmunya." (riwayat al-Tarmidzhi, jld:7, hlm:101, hadis hasan sohih)

Soalan 1: JASADmu ke mana digunakan?
Soalan 2: UMURmu di mana dihabiskan?
Soalan 3: HARTAmu dari mana diperoleh & dibelanjakan?
Soalan 4: Apa yang kau lakukan dengan ILMUmu? 

Empat elemen yang sebenarnya pinjaman dan amanah besar membawa bersama tanggungjawab yang sangat besar! Jika tidak masakan kita akan ditahan sebelum menjawab 4 soalan ni! Jasad, umur, harta & ilmu. Alat penting untuk dimanfaatkan sebaiknya.

Namun, kita tidak perlu risau kerana Allah SWT tidak akan menghukum kita sebelum dibekalkan dengan cara untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. 

Jaga Hubungan dengan Allah

Kita tidak akan mungkin sanggup memikul tanggungan ini dengan lurus tanpa terlebih dahulu melaksanakan tanggungjawab atau hak Allah SWT pad kita. Inilah bekalan terpenting bagi memastikan bahu kita sanggup menanggung beban yang berat ini dengan tenang dan hikmah. 

Untuk itu kita perlu menjaga hubungan dengan Kitabullah. Kita perlukan tadabur Quran, kita perlu taat perintah & syariat di dalamnya untuk menyelusuri kehidupan ini, berhenti dari melakukan larangannya. Undang-undang inilah bekalan yang pertama kita perlukan bagi memastikan kita benar pada landasan yang lurus. Bekalan yang mendokong kelangsungan hubungan dengan Allah SWT. Kata-kataNya bisa dekat dengan kita, nasihatNya sentiasa di hati kita, laranganNya sentiasa menjamin keselamatan kita, kata-kata cintaNya mencakupi segenap ruang lingkup kehidupan kita hingga perasaan dibuai-buai merinduiNya. Menjadikan kita rapat dengan semua yang dekat denganNya, masjid, majlis ilmu, ta'alim, tazkirah dan yang mendekatkan denganNya seperti QIAMULAIL. Al-akh dan al-ukht sepatutnya tidak meninggalkan bekalan yang satu ini kerana qiamulail pernah dijadikan Allah SWT waktu yang wajib untuk bangun dan bersamaNya. Seolahnya solat fardhu adalah 6 waktu!

Akhlaq yang Mulia

Muslim yang mu'min pastinya menjiwai konsep ehsan. Berbuat seperti kita melihat Allah atau sekiranya tidak mampu mengetahui Allah melihat kita. Dengan memahami konsep ini secara fitrahnya kita akan berakhlaq dengan akhlaq islam yang mulia. Muhasabah menjaga dirinya setiap masa dan jalannya adalah dengan akhlaq yang hasan. 

Muslim yang mukmin juga perlu memastikan aqidahnya sohih dan ibadahnya sejahtera agar tidak terpesong dari landasan al-haq. Ya, kita kenal ramai manusia yang baik atau kita sendiri dikenali sebagai muslim yang baik. Namun, baik dipandangan siapakah kita? Allah menberikan banyak amaran dan berita gembira kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dengan azab yang keras. Nah, inikah kebaikan yang kita tunjukkan? Walau sebaik manapun manusia di mata manusia, Allah dengan mudah menjadikan amalan kita seperti fatamorgana apabila niat kita berpaksikan selain dari Allah & rasulullah.


wallahua'lam

Monday, October 18, 2010

"Tanpa syuyukh tak mungkin kita berada di jalan ini"

Salamualaikum wbt
Ana kongsikan pendapat seorang al-akh dalam facebook ana. Moga bermanfaat.

Muhammad Hussaini Khairudin
 
Ukhti Asma' dan sekalian ikhwah akhwat

Kita yakin (sentiasa dalam pengharapan) tidak ada prasangka buruk antara para syabab dan syuyukh dalam kenderaan dakwah ini. Jika tidak, masakan mereka masih berada di dalamnya bersama-sama. Ukhuwwah da...n tsiqoh merupakan antara pilar penting berdirinya sebuah bangunan ummah. Tanpa atifi (cinta), mustahil dakwah ini dapat berjalan, itulah hakikat dakwah yang didukung oleh Ar-Rasul.

Jemaah ini milik semua ahlinya. Semua ahli menjaga keutuhan jemaah dakwah walau dari mana ceruk/penjuru sekalipun. Ada yang bertanggungjawab menjadi muwajjih, ada yang menjadi presiden, ada yang menjadi qiyadah, ada yang menjadi pemandu kenderaan, ada yang uruskan teknikal, ada yang menjadi penyambut tetamu, semuanya ada hak terhadap dakwah ini, terhadap jemaah dakwah ini.

Jika dalam dakwah ini, ada nya kekurangan, adanya cacat cela. Peranan semua orang tidak kira syabab atau syuyukh adalah menampungnya, menegur dengan penuh hikmah, dan merawatnya.

Kata Hassan Al-Banna (Dakwatuna):

3 perkara yang perlu kita buat:
-diagnos sakit ummat
-menentukan rawatan kesakitan
-konsisten makan ubat

Itu juga yang perlu kita buat jika adanya masalah dalam jemaah kita.

Jangan kita pendamkan dan terus merasakan tidak mengapa salah itu dan ini dalam kita bergerak ini. Sedarlah bahawa kebanyakan masalah BESAR datangnya dari masalah-masalah 'kecil' yang dipendamkan. (Al-Mutasaqitun, Fathi Yakan). Banteraslah semuanya dengan optimistik yang Allah akan menyembuhkan kita dengan kesungguhan usaha kita ini.

Sekali lagi hikmah perlu ada untuk memastikan rasa sayang akan tetap menjadi gam pelekat setiap insan dalam jemaah ini.

Kita perlu sedar dalam jemaah ini, para syuyukh bukan sahaja pemulanya, namun mereka lah yang memberikan kesedaran tarbiyyah setiap gerak nadi kita pada hari ini. Malah hingga hari ini, para syuyukhlah yang bertanggungjawab menyalurkan fikrah, ruh, pengalaman, hamasah jihadiyyah, jiddiyyah, tadhiyah, intibad dan segala-galanya hingga ia menjadi nadi/bekal untuk kita bergerak pada hari-hari seterusnya.

Bayangkan kalau kita mengabaikan mereka? Bayangkan kalau kita buat tak tahu akan kekurangan/kelemahan yang berlaku? Lantas kita juga yang menerima impaknya.

Dakwah yang kita gerakkan ini, jika tidak mendapat bekalan yang mencukupi, akan perlahan dan terus perlahan dan akhirnya kita sendiri akan lesu dan meninggalkan jemaah dan dakwah ini (nauzubillah).

Syabab pula mempunyai suatu misi yang sangattt besar. Merekalah kader-kader inti yang seharusnya menggerakkan tubuh ummah ini dengan semangat mereka. Dari tangan merekalah akan masuknya lebih ramai syabab lain ke dalam jemaah ini.

Ana hairan melihat jika ada ikhwah akhawat yang berada di sayap pemuda, namun terus dalam kelesuan. Masih 'praktikal'. Tidak menunjukkan ciri-ciri syabab yang sepatutnya. Apa gunanya diadakan sayap pemuda? Baik gabungkan sahaja dengan induk ikram!

Kesimpulannya, semua orang patut mainkan peranan dari sekarang. Tanpa merasakan diri mereka lebih tinggi dari sesiapa. Yang muda hormati yang tua, yang tua sayaaaaangg yang muda. Hakikatnya semuanya saling cinta mencintai keranaNya.

Dan hakikatnya, hidayah itu milik Allah. Diberikan kepada siapa sahaja yang Ia ingini.

Sunday, October 17, 2010

Dalam Perkongsian ada Bekalan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum wbt ikhwah wa akhawatifillah

Kaifahal? Kaifa iman? masih amiq?

Alhamdulillah. Segala yang dilalui selama 3 tahun umurku ini dimantapkan lagi selepas terima semangat dari Syeikh Mohamad Hameed. Subhanallah!

Sungguh tak tahu mana nak mula...terlalu banyak teguran dan "tembakan" tepat yang mengena batang hidungku. Dakwah dan Tarbiyyah. Suatu proses yang enak untuk dilalui apabila hati faham benar tuntutan-tuntutannya. Suatu proses peneguhan peribadi, pemikiran, perbuatan dan segala tindakan. Suatu proses yang menuntun jalan menuju Ar-Rahman. Suatu jalan yang tidak bisa dilalui dengan gopoh gapah dan semangat yang tidak berpandu.
Imbas semula perjalananku di sepanjang 3 tahun yang indah ini...semuanya terhimpun dalam dauroh sepanjang 3 jam tadi. Perjalanan ini dimulakan dengan kesedaran bahawa aku bukanlah muslim yang baik. Semangat untuk berubah meningkat dengan mendadak hingga hikmah sering kucicirkan dibelakangku. Ingat lagi adikkulah antara insan yang menegur kejahilanku dalam meninggalkan hikmah ini. Aku terlalu taksub sehingga semangat itu tidak dipandu dengan ilmu yang benar. Sungguh terkesan dengan perkongsian Ustaz Md Isa, suatu hari di dauroh yang lain, katanya "tak mengapa jika antum buat salah walaupun kami dah tegur dan larang, antum nak buat juga teruskan. Tapi bila antum jatuh, jangan gusar, kami ada dibelakang antum." kurang lebih inilah message yang ana faham dari perkongsian ustaz tu... Betapa pentingnya harga sebuah hikmah yang jika perlu kita buat salah hanya untuk mendapatkannya. Betapa mulia pengorbanan para syuyukh. Jasa kalian mendidik kami hanyalah Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.

Intima' Hati dan Perasaan

Dakwah dan Tarbiyyah adalah proses yang berterusan. Proses yang perlu dilalui dan dirasai sendiri seorang akh/ukht dengan hati dan perasaannya (Intima' pertama). Ikatan yang dibina berdasarkan slogan "UKHUWAHFILLAH" menjadikan aku merasa senang dengan kesakitan, senang dengan kedukaan, senang dengan pandangan-pandangan sinis kerana ku tahu ada pendokong dihadapan, dikiri, dikanan, dibelakang, dibawah dan diatasku. Ikatan ini hanya kerana aku cuba untuk melaksanakan janji-janji dalam syahadah dan iftitahku sebaik mungkin. 

Intima' Fikri

Siapa sangka dalam masa yang singkat seluruh 3 tahun hidupku terbentang dihadapanku seperti slideshow presentation. Ikatan hati dan perasaan disusuli pula dengan kefahaman yang jelas tentang fikrah jalan ini (intima' kedua). Fikrah yang membentuk pemikiranku, yang kemudian mendidik amalku dan segalanya kefahamanku selama ini tentang kehidupan berubah setelah itu. Bagaimana mungkin dahulu aku dapat menerima orang lain yang membuat keputusan untukku berkenaan dengan kerjayaku, rumah tanggaku, di mana akanku menetap, wang ringgitku ke mana akan disalurkan, malah semuanya. Tidak mungkin sehinggalah aku benar-benar menjiwai dan merasai kepentingan pengorbananku untuk Dakwah & Tarbiyah. Agar sumbanganku diterima sebagai amal yang soleh, agar aku peroleh ganjaran yang lebih baik dari dunia dan seisinya.

Intima' Tanzimi

Dengan segera aku telah didedahkan dengan tanzim (intima' ketiga). Wallahua'lam keadaan aku ketika itu, aku sendiri sudah tidak pasti. Namun yang pasti aku bisa menerimanya dengan baik kerana Dakwah & Tarbiyyah selama 20 tahun telah berlegar-legar disekelilingku walaupun aku belum sebahagian daripadanya secara sedar. Aku hanyalah anak seorang al-akh dan al-ukht yang banyak salah faham dan memandang serong jalan ini. Melihat kesibukan dan kecenderungan abah & mama pada "kumpulan usrah" ini menjadikan aku selalu cemburu dan menjauh darinya. Alhamdulillah Allah memilihku untuk berada dikedudukanku sekarang ini. Kerana sekarang aku mengerti kesibukan yang menenangkan hati dan kecenderungan yang tidak mungkin kulepaskan (insya'allah). Kumpulan usrah yang mengikat abah & mama ini bukan calang-calang kumpulan kerana kumpulan ini mengikat hati-hati di dalamnya untuk bersungguh-sungguh demi redha Allah. Subhanallah! Sekarang kumengerti tanzim yang membentuk peribadi dan fikrah abah & mama dan ramai lagi individu-individu yang ikhlas lillahita'ala!
Perkataan yang Berat!

Ketiga-tiga intima' inilah yang mengikat hati-hati supaya dekat dengan Pencipta. Ketiga-tiga intima' ini juga tidak boleh tidak! mesti dikokohkan secara berterusan. Jika diceraikan salah satu darinya ternyata ikatan ini tidak mampu mendokong tanggungan yang berat ini. Firman Allah SWT:

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلً
(Muzammil 73:5)
Maksudnya: Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.
Tanpa ketiga-tiga intima' ini daie bisa jadi futur boleh jadi disebabkan tiada peningkatan amal (statik) yang menuju ke arah kebosanan, kefahaman yang salah, merasa berat, kecenderungan untuk tidak merasakan pengorbanan dan sebagainya. Alhamdulillah kita dipilih khusus oleh Allah untuk membuka hati, penglihatan dan pendengaran kita untuk bergabung dalam jamaah islam ini dengan sempurna. Sempurna dari segi perlaksanaan tuntutan-tuntutan atau hak-hak Allah mahupun hak-hak kita sendiri insya'allah.

Namun, ikhwah wa akhawatifillah ingatlah kita tidak akan mampu menanggung beban ini tanpa hubungan yang mantap dengan Pencipta. TAK MUNGKIN! Jadi janganlah kita membongkak diri, menabik dada, takabbur dan ujub dengan kejayaan yang Allah kurniakan dalam jalan ini. Siapalah kita tanpa kasih sayangNya...Fikir dan dzikir.
Kesimpulan:
Tiga intima' yang wajib dipelihara:
  1. Intima' hati dan perasaan
  2. Intima' fikri
  3. Intima' tanzimi
 Wallahua'lam
Taman Rona  2
18 Oktober 2010
1.30am

Wednesday, September 8, 2010

Islam Itu Indah ^-^: Mandi time~

Islam Itu Indah ^-^: Mandi time~

Mandi time~


To do so we need baldi biru, air n umar mikail :)
Gabung semua sekali akan dapat ni:


video


saksikan ^_^

mikail kept his promise b4 aunt ora enter the toilet. the promise was to finish "bath" after aunt ora is out. he's so sweet!



Monday, September 6, 2010

Keliru~

Ya Allah aku keliru!
bukankah dia tahu perbuatannya tidak soleh?
bukankah dia tahu Allah melarang menghampiri zina?
bukankah dia tahu syaitan melompat gembira melihat perbuatannya?
Ya Allah ampunilah dosa2ku..selamatkanlah aku dari fitnah dunia dan akhirat..jauhkanlah aku
dari menjadi fitnah kepada agamaku..jauhkanlah aku dari terjebak ke lembah hina..
inniakhofullah! ini bukan caranya..Ya Allah jauhkanlah aku dari kemurkaanMu
Ya Allah hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu aku mohon pertolongan...aminn *tik2 tik2* 1 message recieved Dengarlah sahabatku sayang,
Allah memujukmu,
at-toyyibat littoyyibin (an-Nur 24:26),
Wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki baik & sebaliknya.
Telah tercatat seungkap nama lelaki di loh mafuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.
Jika kau thabat di atas jalan yang diredhai,
insya’allah si dia turut di jalan yang sama.
Lupakanlah segala kegundahan,
teguhkan diri pada cinta Hakiki,
nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki.
Allah loves you my dear.
Senyumlah pada sinar yang menantimu dihadapan..
-23 September 2008-
Subhanallah! Maha Suci Engkau Ya Allah! Segala puji hanya bagiMu Engkau mengetahui yang terbaik untukku Ya Allah..

Warkah terakhir

bismillahirrahmanirrahim


assalamualaikum w.b.t


Warkah ini aku titipkan atas kesedaran bahawa segalanya terletak atas kehendak Allah S.W.T. Aku terjaga dari satu mimpi yang sangat dahsyat dan ia membuatkan air mataku mengalir ketakutan. Mimpi yang bagiku adalah  amaran Allah kerana tidurku berwudu' dan ia berlaku dalam bulan ramadhan.


Terbayang dimindaku surah an-Nur ayat 26 yang pernah dikupas oleh apabila delema ini muncul.


Perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji dan lelaki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji, sedangkan perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia.


Aku amat berhati-hati sejak diberitahu ayat ini. "Jangan ada lagi perasaan keji ini, Kau yang akan binasa!" Bertambah tekadku untuk menjaga diriku kerana kutahu akhlaqnya ditentukan melalui akhlaqku. Kupasti dia juga sedang menjaga dirinya. Walaupun aku belum mengetahui siapa yang bakal bergelar suamiku.


Walaupun aku berakhlaq buruk suatu masa dahulu, namun Allah tetap sayang dengan memberiku harapan yang haq:


Dan (juga) orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan yang keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa2nya, dan siapa (lagi) dapat mengampuni dosa2 selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.
3:13
7 
Maha Pengasihnya Allah menjemputku pulang semula kepada fitrahku. Aku yakin semua pendosa pasti telah diberikan peluang untuk bertaubat. Namun pilihan ditangan mereka. Mereka diberi kuasa untuk memilih kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Dunia adalah ladang akhirat, barangsiapa yang melakukan tanaman yang baik maka akan mendapat hasil yang baik. Malah Maha Pengasihnya Allah, Dia menambah hasil yang baik berlipat2 kali ganda! Siapalah orang bodoh yang menzalimi diri dan tidak mahu ganjaran2 mulia ini??


Aku sangat mengharapkan rahmat dan ampunan dari Robbku dan aku bertekad untuk mengajak semua yang membaca warkah ini bersama2 menanam tanaman yang baik. Terpulang pada kalian. Tiada paksaan. Cuma ganjaran kebahagiaan di dunia sangat mengiurkan pada pandangan mataku. Tidakkah kalian juga begitu? Apalah guna anak, duit, kenalan fb yang ramai jika sebenarnya kita miskin? Miskin cinta pada Pencipta.




Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberika syurga untuk mereka. Mereka berjihad di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lalukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung. 
9:121


Bersama kita kembalikan islam kedalam diri. Tunduklah kepada Allah Pencipta dirimu dan diriku. Kita tidak memiliki apa2 di dunia melainkan pilihan. Semua harta, ilmu, rumah, kereta, malah mata, telinga dan mulut adalah milik mutlak Allah. Kenapa masih mengaku kita punya sedangkan ia bukan milik kita?


Wallahua'lam
27 Ramadhan 1431

Seni & Hiburan dalam Islam


bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Kita sering berjumpa dengan orang-orang yang beranggapan bahawa Islam melarang hiburan dalam kehidupan. Namun, adakah kenyataan ini benar?


Manusia dijadikan di dunia menurut fitrah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Mencipta. Kecenderungan kepada hiburan merupakan salah satu fitrah yang di anugerahkan kepada kita dari Yang Maha Pengasih. Ya terbukti dengan perbuatan kita sejak dari lahir lagi cenderung kepada dodoian ibu. Malah bagi yang muslim lagu pertama yang didengarinya ialah Azan dan Iqomah.


Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Seni & Hiburan dalam Islam bahawa barangsiapa yang memperhatikan keadaan kaum muslimin dan merenung realiti kehidupan mereka, nescaya tidak akan menemukan jarak antara seorang muslim yang taat di satu sisi, dengan kebiasaan menikmati alunan suara merdu di sisi yang lain.


          Sesungguhnya telinga seorang muslim pada umumnya telah terikat dengan mendengar sesuatu yang baik, ia menikmati dan merasakannya setiap hari iaitu bacaan al-Quran al-Kariim yang kita dengar dengan tartil (perlahan-lahan), bertajwid dan alunan suara yang merdu dari para Qari yang terbaik, juga melalui suara azan yang menyentuh pendengarannya setiap hari lima kali dengan suara yang indah. Ini merupakan warisan dari kenabian kerana Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada sahabat yang mendapat mimpi tentang azan: “Ajarkanlah azan itu kepada Bilal kerana suara Bilal itu sangat merdu.”


          Suara yang indah itu juga boleh didengari melalui acara-acara keagamaan yang dibacakan di dalamnya nasyid-nasyid yang menarik dengan suara indah sehingga dapat menyentuh hati dan menggetarkan perasaan.


          Selain itu, dapat juga didengari melalui puji-pujian untuk Nabi s.a.w., sebagaimana diwarisikan oleh kaum muslimin ketika mereka mendengar nasyid yang menarik dari anak-anak wanita kaum ansar, sebagai sambutan atas kehadiran Rasulullah s.a.w.


          Pada masa dahulu kaum muslimin juga mencipta berbagai-bagai lagu untuk menghiburkan diri mereka dan untuk menghiasi aktiviti kehidupan mereka terutama mereka yang hidup di kampung-kampung. Kami juga merasakan ketika waktu kecil dan di masa muda. Semuanya merupakan bentuk lagu yang tumbuh dari lingkungan yang sihat, menggambarkan nilai-nilai murni dan tidak menjadi masalah sama sekali.


          Seperti juga nyanyian khusus para pekerja dan buruh yang biasanya berkerja berat mendirikan bangunan dan mereka sama-sama mengangkat beban yang berat kemudian melagukan bersama-sama, “Haila, haila shalli ‘ala Nabi”. Ini mempunyai landasan syar’i dari perbuatan sahabat iaitu ketika mereka mendirikan masjid Nabawi dan memikul batu-batu di bahu mereka sambil bernasyid.


          Demikian kita dapati berkenaan kesenian ini iaitu seni menyanyi ini telah memasuki seluruh kehidupan, bagi yang bersifat agama mahupun dunia, dan manusia pun menerimanya secara naluriah. Mereka tidak mendapati bahawa ajaran agama melarang yang sedemikian itu dan ulama’ mereka pun tidak memandang budaya bangsa ini sebagai suatu alternatif. Bahkan seringkali lagu-lagu itu disertai dengan lirik-lirik yang mengandungi nilai-nilai agama, keimanan dan rohani serta akhlaq yang mulia. Seperti bergabungnya antara jasad dengan ruh, berupa tauhid, zikrullah, doa, selawat kepada Nabi s.a.w dan lainnya.


          Pada nyanyian rakyat semisal ini, saya tidak mendapatkan ajaran Islam mengingkari dan melarangnya kecuali nyanyian-nyanyian yang dicipta untuk tujuan politik, untuk membangkitkan duka lara, untuk melarang orang bersabar dari musibah dan pasrah kepada takdir.


Mengapa ulama’ mutaakhirun bersikap keras dalam masalah lagu?


Para ulama’ mutaakhirun dan kalangan ahli fiqh itu lebih bersikap keras dalam melarang lagu-lagu terutamanya yang disertai dengan alatan musik, daripada ulama’ zaman dahulu adalah kerana beberapa sebab antaranya adalah:

  1. Mengambil sikap hati-hati, bukan mengambil yang lebih mudah
  2. Tertarik dengan hadith dha’if dan palsu
  3. Keadaan lagu-lagu yang sedang mendominasi
  4. Nyanyian yang berbentuk maksiat
  5. Lagu-lagu sufi (zikirullah)
Insya’allah sebab-sebab ini akan dibincangkan dalam penulisan yang seterusnya.


Wallahua’lam

Wednesday, September 1, 2010

Tazkirah di KL^^

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah last saturday balik rumah babah (sorry cah, tak bagitahu earlier hee~) I'm praying my journey will lead me to something...tambah2 at that time semangat untuk futur sering mengintai. Alhamdulillah sharing dari seorang akh di rumah Pck Yaakob sangat mengesan jiwa. The sharing goes something like this...


First of all akh ni revert to islam masa dia belajar di universiti. Family 'alim' kristian di Sabah. His sharing is fully on puasa and how he feel when ramadhan came. Like other muslin believer he too is waiting on ramadhan to come. There are few things enlighten him when he find out how muslim fast.


He said, the first thing touches him is the joyful face of muslims when we break fast. “Masing2 muka bercahaya & sangat happy berbuka sama2”. Well he notices because in his previous religion they are fasting too but if they gets too hungry they can eat 1/3 of the usual meal. He did not feel the feeling of obedience in fasting. When they break fast it became like the usual dinner. He said that they too have sahur but it is taken lightly by them, differ than in islam, where we were encouraged to sahur. Malah seelok-eloknya melambatkan sahur ^^.. he finds out that sahur is very important when fasting as it refresh our body and let us bare until twilight. Our body when fasting is like a machine. In his work place, in every Syawal they will run the machine without any input so that they could check out the machine condition. If there’s any part should be maintain they will done it right away. Our body is a very complex machine. We have the liver to filter the toxins and all (feel free to google on the miracle of our body~). When fasting our organs will start the maintenance work. I remembered reading about it…with in 30 days our body are refreshing all the ‘machine’ in it. Leading us back to the neutral and ideal body condition. (wonder if it have to do with aidul fitri = kembali kepada fitrah).


Tarawih is also the wonder he finds in Ramadhan. He said when we rukuk & sujud properly we will feel the ruh of solat. He even felt “eh dah habis..?”. His statement did make me thinking. Why are we (born muslim) sometimes forget the ruh of solat? Sedangkan kita lebih dulu belajar solat, we should be pakar in kusyuk sepatutnya kan? This gives me the spirit to find back what I’ve missing in solat. (I was at the kitchen at this time so dengar samar2 je ^_^)


He also shares on the time holy water were judge to be the reason 3 university students kena rasuk. At that time he says, the whole Christian committee were gempar. They were called by the hostel principle to explain the situation. The principle ask on what is holy water, and the head committee said “it’s just air biasa.” At that time he felt something was wrong. Why the head committee does not explain clearly what the holy water is. He said, holy water is plain water added with olive oil and few other halal things (I could not remember the exact ingredient) and dibacakan doa. Just like air yasin. It’s just that the water is not good for muslims because the doa consist of syirik words…praying to Isa alaihissalam as god. He explains, from a research of a scientist in Japan when we said good things to the water, the water particle structure became crystal like particle and shining. But bad words will make the crystal structure break! By learning the Quran we know that all the creation berzikir to Allah in their own way. Therefore, when we said something bad such as syirik words will make them “suffer”. That’s why we can not drink the holy water, not because of the ingredient in it but the prayer said to it. Simple! It’s not the holy water’s fault of the rasuk students though…


The head committee answer make him thinking and he start to open his heart to truly knows about islam. Alhamdulillah in islam all the teachings is logic and acceptable by any thinking brain (ulul albab~). Just that we muslims didn’t set good example to others (taknak riak katanya tapi itu yang menyekat not yet believers untuk jauh dari islam…yup we have an account for their misbelieve about islam when we hide the truth of the deen). Reveal the truth of islam, you will be love by Allah and all His creations. Don’t worry. You are in the right & bright path. Ask others whom knows better if you don’t. Alhamdulillah Allah will show the lights to everyone and it’s up to you and me to choose our path. So, choose carefully. It’s either jahannam or jannah, hell or heaven.


Oh one more thing, the akh I’ve been inspired by, before this he learn pendidikan islam in his school days (back then they can choose to stay in class during PI class or go to the moral class). And he scores A in the subject. (Bonus point for him-he knew the basic of islam before he revert)


May Allah lead us to the light till the Day of Judgment. Amiin


Wallahua’lam


Ps//: I’ve been using my own words in describing the akh’s words…hopefully it'll reaches the points :D


Tuesday, August 10, 2010

FAKTA MENARIK TENTANG KURMA

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbr,
Ramai antara kita yang mengetahui banyaknya kelebihan kurma namun berapa ramai yang benar-benar mengamalkannya. Moga dengan perkongsian ini akan menambahkan keyakinan kita untuk menggerakkan amal dalam melaksanakan sunnah~ wallahua'lam selamat membaca dan selamat berAMAL :)

Oleh jeemiau, 2005-10-17 11:41:46, IP : 61.6.39.139

1. KESIHATAN

a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam bandannya".

2. KECERDASAN & KECERGASAN


a.Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi " pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."

BUAH KURMA MAMPU CERDASKAN OTAK

Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis."

"Kurma boleh dijadikan makanan yang membantu mencegah penyakit kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.

Katanya, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama.

Prof Asiah berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsangkan kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Katanya, kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

"Selain berbuka puasa, kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka'" katanya.

Saturday, July 3, 2010

Couple Cara ISLAM



QUESTIONS: 1. Apa hukum couple dalam islam
                            2. Adakah apabila kita couple kita tak 
                                 boleh berjumpa atau berhubung??
  Asma' Zaid July 4 at 11:27am




Bismillah.

Ok...first of all nak tanya, kenapa nak couple? nak ada orang sayang? nak ada orang take care tiap hari? nak ada orang bangunkan subuh? nak ada orang belai2 hati, tangan / anggota lain? nak ada orang belanja keluar jalan2?? (mm ni bukan MAK kita dah bagi ke?? x cukup?)

Ke saje2 nak cabar Allah? Nak Allah murka? Nak rasa azab Allah? Nak rasa duduk dalam neraka? Nak lari dari undang2 TUAN kita? Kalau nak sangat carilah tempat lain yang takde kena mengena dengan Allah, tempat yang bukan Allah penciptanya, buatlah maksiat bila Allah tak tengok, buatlah maksiat tapi jangan makan rezeki Allah, buatlah maksiat bukan dengan anggota yang Allah bagi.

Hukum couple dalam islam adalah halal
kecuali couple sebelum sah akad nikah. Halal sebab Allah kata "manusia diciptakan berpasang2an..." & haram sebab Allah kata "latakrobuzzina" = jangan kamu HAMPIRI zina. nak dekat dgn zina pun Allah xbagi nikan pula berzina.

Syaitan musuh utama kita kan? mm dia ni bijak, akak mmg puji dia. bijak manipulasi / main2kan orang. Dia pusing2 sikit, dunia terasa amat indah. Ni pun Allah dah bagitau dalam quran. Tu sebab rasulullah kata dalam khutbah terakhir sebelum rasulullah wafat... bila kita berpegang pada dua benda dan selamanya kita takkan sesat,itulah al-Quran & as-Sunnah (Quran is undang2, sunnah is contoh perlaksanaan undang2).

Kesimpulannya, C
ouple dalam islam is nikah.fullstop. Oleh tu, soalan kedua jawapannya boleh dan digalakkan berjumpa & berhubung bila dah nikah ^_^

Senangkan islam? Ingat tau
islam membenarkan semuanya kecuali beberapa perkara. Salah satunya couple luar tabiie atau couple sebelum nikah.

Wallahua'lam


Ps/: Sahabat2 any added information/s?

Monday, June 28, 2010

WARKAH BUAT ADIK2 YANG AKAK KASIHI


Bismillah ar-rahman ar-rahiim 

         
 Adik2 yang akak kasihi,
          As-syahid Hassan al-Banna: "perbaikilah dirimu dan serulah pada yang lain". Kita tak sempurna kerana itu, dalam usaha untuk berubah ke arah kebaikan kita perlukan dorongan & sokongan. Bayangkan bila kita nasihat kawan kita dengan baik & kawan kita terima dengan baik juga. Kemudian dia lihat kita pula yg langgar nasihat kita tadi, macam mana? mesti kawan kita kata kita tak serupa bikin kan? Sebab tu bila kita nasihat kawan kita, kita sekali gus nasihat diri kita juga. Mesti kita nak jaga akhlaq kita kan? Dan dengan menjaga akhlaq, automatik kita akan beransur-ansur menjadi lebih baik.

          Bayangkan seorang ayah yang sedang merokok, sambil rokok dibibir dia kata pada anaknya "Ko jangan merokok mcm ayah ni, tak elok.. rosak peparu nanti...uhuk3". Agak2 apa anak tu rasa?

          Macam tu lah kita. Bila kita ingatkan orang kita akan berusaha untuk tunaikan apa yg kita kata, supaya Allah SWT jadi saksi atas tindakan kita yang berusaha untuk menjaga diri agar dipandang mulia oleh PENCIPTA kita.

Firman Allah SWT dalam surah as-Soff ayat 2 & 3 maksudnya:

"Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan." (As-Soff 61: 2-3)

           Bukan bermaksud supaya kita takut langsung untuk berkata benar, cuma Allah tempelak kita bila kita tak buat apa yang kita cakap. Ayat ni beri motivasi pada kita supaya berusaha untuk kotakan janji kita dan menjadikan apa yang kita rasa, cakap dan buat menjadi selari dengan kehendak Allah SWT. Hidup akan indah bila bersama dengan Allah SWT.

          Allah SWT lebih banyak membenarkan daripada melarang. Lihat saja dari segi makanan. Allah SWT beri makan SEMUA kecuali babi, anjing, binatang bertaring (pemangsa), bangkai dan segala yang memudharatkan kesihatan kita. Allah SWT beri minum SEMUA kecuali arak atau minuman yang memabukkan. Apalah teringin juga buat larangan Allah SWT bila dah diberikan SEMUA yang terbaik. Umpama orang yang diberi berlian tetapi masih memuja kaca.

          Ingatkah lagi adik2 maksud ayat al-Quran yang akak bacakan pagi ahad? Ayat tentang siksanya neraka & bahagianya syurga. Dalam surah Hud ayat ke 103 hingga 108 maksudnya:

102 Dan bagitulah siksa Tuhanmu apabila Dia menyiksa (penduduk) neegeri2 yang berBUAT ZALIM. Sesungguhnya siksa-Nya SANGAT PEDIH, SANGAT BERAT. 

103 Dan sesungguhnya pada yang demikian itu pasti terdapat PELAJARAN bagi orang2 yang takut kepada azab akhirat.Itulah hari yang disaksikan (oleh semua makhluk).

104 Dan Kami tidak akan menunda, kecuali sampai waktu yang ditentukan.

105 Ketika hari itu datang, tidak seorang pun yang berbicara, kecuali dengan izin-Nya, maka di antara mereka ada yang sengsara dan ada yang berbahagia.

106 Maka adapun orang2 yang sengsara, maka (tempatnya) di dalam neraka, di sana mereka mengeluarkan dan menarik nafas dengan merintih.

107 Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhan-Mu menghendaki (yang lain). Sungguh, Tuhan-Mu Maha Pelaksana terhadap apa yang dia kehendaki.

108 Dan adapun orang2 yang berbahagia, maka (tempatnya) di dalam syurga; mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhan-Mu menghendaki (yang lain); sebagai kurnia yang tidak ada putus2nya.

          Pilihan di tangan adik2. Mau sengsara atau bahagia. Mau bernafas dalam rintihan atau kurnia yang tidak ada putus2nya. Allah SWT beri dua pilihan kerana yang benar itu jelas dan yang salah itu juga jelas, Buatlah pilihan yang bijak. Moga dipermudahkan mengahadapi ujian kesabaran. Moga tabah hati tak berbelah bagi.
wallahua'lam
wasalamualaikum
29 Jun 2010

LUAHAN RASA SEORANG SYABAB

Ini sedikit luahan rasa seorang adik yang inginkan perubahan.
Kita hanya penunju jalan, pemudah cara..Allah yang Maha Memiliki hati. Moga kita lebih semangat untuk mem'bangun'kan hati2 yang didodoi nikmat dunia.
~TUGAS KITA BUKAN SIA2~

Iera

best lah aktiviti dari krj tu.

terima ksih..kerana telah memberi kesedaran kepada kami
1:11amMe

alhamdulillah hanya redha Allah yg kami harapkan

adik2 yg mampu ubah diri masing2
1:11am
Iera

amin...
1:11amMe

kami hanya tunjuk jalan
kata org: pemudah cara
1:12am
Iera

sy harap..keinsafan kami berterusan..

lau ap2 terkurg pada diri saya..dapatlah akk mmberi nsht n tunjuk ajr..
1:13amMe

insya'allah
1:14am
Iera

terima kasih sekali lagi..
1:14amMe

subhanallah maha suci Allah seronok akak dgr adik2 ada inisiatif nak berubah

mesti mak ayah pun suka
1:14am
Iera

sampai kan salam sy pada fasi2 yg lain ye...

alhamdulillah sejak prgram tu..sy da xda tinggal solat ag...
1:16amMe

allahuakbar alhamdulillah

akak doakan adik2 sabar dlm ikut perintah Allah
1:17am
Iera

sy harap prgram2 cam ni..perlu diteruskan bagi membantu ramai lagi remaja ite yg telah n mungkin hampir terlupa akn dose2 yg penah dilakukan

insyaallah.. .
1:18amMe

insya'allah sama2 kita usahakan. iera tgk kami brp kerat je kan? jadi kami perlukan bantuan adik2 spt iera utk ajak kwn2 supaya ingat Allah selalu

ada kawan akak pesan: mslhnya bukan kes pembuangan bayi tapi pembuangan Allah dari hidup!

tu pentingnya mengutamakan Allah dari kehendak sendiri

macam keluarga yaseer & sumayyah yg akhirnya ke syurga abadi
1:21am
Iera

betol tu kak...ramai remaja sekarang hayal dgn nikmat dunia yang sementara..tetapi mereka semua lupe akn nikmat akhirat yang kekal..

insyaallah.. .lau ikotkan hati sy nak join prgram cam tu dgn fasi2 yg lain..p sy rase..sy masih xlyk lagi..
1:23amMe

sorang ulama' kata: perbaikilah dirimu dan serulah pada yang lain (send as a message)

1:23am
Iera

kawan2 sy ramai berkata..prgram tu sungguh memberi makna kepada kami semua..tok tidak lupe akan allah n akan lebih merapatkan lagi diri dgn allah
1:30amMe

alhamdulillah

akak yakin adik2 boleh buat yang terbaik

akak ada send msg td masa terputus tadi
1:34am
Iera

YEKE..EM..MSG KAT FB YE..em..ok.. em.. ley x nak jadi adik angkat akk.. jadi lau ad pape..ley akk bagi tunjuk ajr..
1:48am
Iera

k.lah kak..lau ap2 akk ley cntct sy..lau ley sy nak belajar lebih mendalam ag tentg agama ni..


~andai dengan usaha yang sedikit mampu membuka hati untuk mencari redha Allah SWT, apa salahnya diluangkan sedikit masa? bukankah itu lebih baik dari dunia dan seisinya?~

kita yang tentukan sama ada nak TOUCH N GO or COME N CONQUER.

wallahua'lam

Sunday, June 27, 2010

Lainnya Kelas & Praktikal~




aSsalamualaikum 

Alhamdulillah lately Allah sibukkan ku dengan amazing new things! Well different than normal class and class and liqo’ n dauroh! I’ve learned to view the world through colors and reality... each and every day keep knocking my head and show me the true colors of the world (well at least some of the colors) black, white, red, purple, dark blue, sometimes brown, orange, pink and yellow ^_^ 

Well, there was times I felt amaze, the cuteness, the anger, the pain, the ‘bau busuk’, the bau wangi, and all sort of things can’t be felt while sitting nicely in the bright lecture hall trying to concentrate to the slides. 

 Subhanallah! Allah Maha Hebat, Maha Teliti menentukan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Walaupun mulanya benar-benar terasa nak berhenti dari bidang ni but Allah make me stay till today to bear witness to His wonders ^_^.. He teaches me to stay calm in many conditions (including when my hp drop in a toilet heheh.. few years back I’ve carelessly lost my hp and I felt very disappointed and angry at that time..~) looking back.. and all I see were unstable self. Masyaallah Allah bring me back to fitrah to survive in this “war” called life calmly and with clear mission :) 

I’ve learnt and felt the true meaning of life and I felt warm and secure inside. I know Allah SWT will always guide and protect me. I wouldn’t imagine to felt Allah in my life via property or investment class before. But Allah’s willing He let me felt He’s always by my side when Puan Bur explain the theory of investment, when Prof Noor explain the theory of town planning and when Encik Kamal tell us the theory of supply and demand. (can u see the relation?) THINK! relate what you learn, see and touch to Allah SWT and try to feel it with your heart! 

 “ Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi, dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya banyak di antara manusia benar-benar mengingkari pertemuan dengan Robbnya. ”                                                                                                             (Ar-Rum 30:8)

In the lecture halls we’ve always been taught perfection theories and in practical we’ve always been shown the last statement of the above verse. When man ignores the rulings of Allah and forgets that Allah CCTV them 24/7… they turn to idol man and worship material. Some even do it by ignoring the consequences and happily destroying their own soul and life. Once I am one of them (May Allah keep it that way...amiin) 

Alhamdulillah I’ve realize that I’m here to lower my head, body and soul to Allah SWT (51:56) and to wake others do the same (2:30). 

Moga Allah SWT cenderungkan hati-hati kita untuk memilih kebenaran. 

Allahua’lam~ 
wasalam 03:04am 28/6/2010