“sungguh, manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur )
kepada Tuhannya”
(100:6)
Tiap kali bila aku pergi ke mall, tidak dinafikan ada kemungkaran yang dapat aku lihat.. apa aku buat??
1.
Tengok je.
2.
Berlakunya pergolakkanm su’uldzon dalam hati.
3.
Berfikir
“apa matlamat dorang kt dunia ni??”
4.
Berlalu dengan melihat mereka sahaja.
Bila dibuat check list macam ni, baru kita tahu, kat mana kecenderungan pemikiran kita. Rupanya, pemikiran dan tindakan aku masih berada di takuk sebelum aku benar-benar paham apa itu ISLAM. Maknanya, semua perkara yang aku lalui sama ada daurah , usrah , katibah dan mukhayyam tak memberi apa-apa kesan. Pernah seorang akhawat berkata kepadaku ketika aku memberi markah respon majlis ilmu. “ markah rendah tu, disebabkan oleh penceramah tu, atau diri kita sendiri?”
Jawapannya??? Diri kita sendiri..sebab??kita yang mengawal diri kita,otak kita dan jasad kita..
ALLAh berfirman dalam
surah al-anfal:53
“yang demikian itu kerana sesungguhnya ALLAH tidak akan
mengubah suatu nikmat yang telah diberikan NYA kepada suatu kaum , hingga kaum
itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh ALLAH Maha
Mendengar, Maha Mengetahui”
Berbalik dengan mall di atas. Aku terasa yang aku ni sangat
tak bersyukur. Sebabnya?? Aku tidak menyampaikan yang benar kepada yang tidak
mengetahui. Kenapa aku hanya membiarkan dorang buat perkara yang tidak
betul?maknanya, aku tergolong dalam golonhan yang ingkar???tempat orang yang
ingkar neraka..tempat di mana api
menjulang-julang??nauzubillah..jari baru kena ubat nyamuk dah
nangis-nangis..macam mana pulak dengan api yang menjulang-julang..sungguh tak
sanggup.
Tugas aku!!!
Sampaikan islam..(sesak plak nafas ^o^)
Syabab - Faz