tak malu ke kite??
kita makan segala rezeki yang Allah SWT
bagi, makan semua nak best, minum semua nak sedap
tetapi
untuk beribadah kepada Allah kita malas?? untuk ikut
perintah Allah kita buat ikut suka je?
Quran letak tinggi-tinggi sampai tak tercapai dek akal
fikiran untuk membacanya...
segala rezeki yang Allah kurniakan sepatutnya dimanfaatkan untuk makin
meningkatkan kualiti ibadah dan kedekatan kepada Allah, bukan makin ingkar dan
jauh daripada agama..
lebih memalukan, menggunakan nikmat Allah untuk bermaksiat kepadanya...
ishh, tak malunya kita nih!!
dengan tak jaga auratnya, tengok hal yang dilarang, cakap bohong dan menfitnah,
derhaka pada ibu bapa, kalau sesama makhluk tahu pulak kita nak segan...
tetapi dengan Allah yang maha melihat bagaimana pula???
tiada kehidupan tanpa ibadah, makanan dan minuman, bukanlah tujuan kerana kita
bukan hidup untuk makan, ia cuma alat untuk mencapai matlamat...
matlamat yang agung, mardhatillah~
"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" [QS; 55:13]
tepuk dada, introspeksi keimanan...
"Aku tertawa (hairan) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia
padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian
padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar
sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya redha atau murka
terhadapnya." [Salman al Farisi]
~from fb 'Izzati
Awang Hamat~
No comments:
Post a Comment