bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t
Warkah ini aku titipkan atas kesedaran bahawa segalanya terletak atas kehendak Allah S.W.T. Aku terjaga dari satu mimpi yang sangat dahsyat dan ia membuatkan air mataku mengalir ketakutan. Mimpi yang bagiku adalah amaran Allah kerana tidurku berwudu' dan ia berlaku dalam bulan ramadhan.
Terbayang dimindaku surah an-Nur ayat 26 yang pernah dikupas oleh apabila delema ini muncul.
Perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji dan lelaki2 yang keji untuk
perempuan2 yang keji, sedangkan perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik
dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. Mereka itu bersih dari apa
yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia.
Aku amat berhati-hati sejak diberitahu ayat ini. "Jangan ada lagi perasaan keji ini, Kau yang akan binasa!" Bertambah tekadku untuk menjaga diriku kerana kutahu akhlaqnya ditentukan melalui akhlaqku. Kupasti dia juga sedang menjaga dirinya. Walaupun aku belum mengetahui siapa yang bakal bergelar suamiku.
Walaupun aku berakhlaq buruk suatu masa dahulu, namun Allah tetap sayang dengan memberiku harapan yang haq:
Dan (juga) orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan yang keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa2nya, dan siapa (lagi) dapat mengampuni dosa2 selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.
3:13
7
Maha Pengasihnya Allah menjemputku pulang semula kepada fitrahku. Aku yakin semua pendosa pasti telah diberikan peluang untuk bertaubat. Namun pilihan ditangan mereka. Mereka diberi kuasa untuk memilih kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Dunia adalah ladang akhirat, barangsiapa yang melakukan tanaman yang baik maka akan mendapat hasil yang baik. Malah Maha Pengasihnya Allah, Dia menambah hasil yang baik berlipat2 kali ganda! Siapalah orang bodoh yang menzalimi diri dan tidak mahu ganjaran2 mulia ini??Aku sangat mengharapkan rahmat dan ampunan dari Robbku dan aku bertekad untuk mengajak semua yang membaca warkah ini bersama2 menanam tanaman yang baik. Terpulang pada kalian. Tiada paksaan. Cuma ganjaran kebahagiaan di dunia sangat mengiurkan pada pandangan mataku. Tidakkah kalian juga begitu? Apalah guna anak, duit, kenalan fb yang ramai jika sebenarnya kita miskin? Miskin cinta pada Pencipta.
Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri maupun
harta mereka dengan memberika syurga untuk mereka. Mereka berjihad di jalan
Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari
Allah dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah lebih menepati janjinya
selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lalukan itu, dan
demikian itulah kemenangan yang agung.
9:121
Bersama kita kembalikan islam kedalam diri. Tunduklah kepada Allah Pencipta dirimu dan diriku. Kita tidak memiliki apa2 di dunia melainkan pilihan. Semua harta, ilmu, rumah, kereta, malah mata, telinga dan mulut adalah milik mutlak Allah. Kenapa masih mengaku kita punya sedangkan ia bukan milik kita?
Wallahua'lam
27 Ramadhan 1431
No comments:
Post a Comment