بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum wbt ikhwah wa akhawatifillah
Kaifahal? Kaifa iman? masih amiq?
Alhamdulillah. Segala yang dilalui selama 3 tahun umurku ini dimantapkan lagi selepas terima semangat dari Syeikh Mohamad Hameed. Subhanallah!
Sungguh tak tahu mana nak mula...terlalu banyak teguran dan "tembakan" tepat yang mengena batang hidungku. Dakwah dan Tarbiyyah. Suatu proses yang enak untuk dilalui apabila hati faham benar tuntutan-tuntutannya. Suatu proses peneguhan peribadi, pemikiran, perbuatan dan segala tindakan. Suatu proses yang menuntun jalan menuju Ar-Rahman. Suatu jalan yang tidak bisa dilalui dengan gopoh gapah dan semangat yang tidak berpandu.
Imbas semula perjalananku di sepanjang 3 tahun yang indah ini...semuanya terhimpun dalam dauroh sepanjang 3 jam tadi. Perjalanan ini dimulakan dengan kesedaran bahawa aku bukanlah muslim yang baik. Semangat untuk berubah meningkat dengan mendadak hingga hikmah sering kucicirkan dibelakangku. Ingat lagi adikkulah antara insan yang menegur kejahilanku dalam meninggalkan hikmah ini. Aku terlalu taksub sehingga semangat itu tidak dipandu dengan ilmu yang benar. Sungguh terkesan dengan perkongsian Ustaz Md Isa, suatu hari di dauroh yang lain, katanya "tak mengapa jika antum buat salah walaupun kami dah tegur dan larang, antum nak buat juga teruskan. Tapi bila antum jatuh, jangan gusar, kami ada dibelakang antum." kurang lebih inilah message yang ana faham dari perkongsian ustaz tu... Betapa pentingnya harga sebuah hikmah yang jika perlu kita buat salah hanya untuk mendapatkannya. Betapa mulia pengorbanan para syuyukh. Jasa kalian mendidik kami hanyalah Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.
Intima' Hati dan Perasaan
Dakwah dan Tarbiyyah adalah proses yang berterusan. Proses yang perlu dilalui dan dirasai sendiri seorang akh/ukht dengan hati dan perasaannya (Intima' pertama). Ikatan yang dibina berdasarkan slogan "UKHUWAHFILLAH" menjadikan aku merasa senang dengan kesakitan, senang dengan kedukaan, senang dengan pandangan-pandangan sinis kerana ku tahu ada pendokong dihadapan, dikiri, dikanan, dibelakang, dibawah dan diatasku. Ikatan ini hanya kerana aku cuba untuk melaksanakan janji-janji dalam syahadah dan iftitahku sebaik mungkin.
Intima' Fikri
Siapa sangka dalam masa yang singkat seluruh 3 tahun hidupku terbentang dihadapanku seperti slideshow presentation. Ikatan hati dan perasaan disusuli pula dengan kefahaman yang jelas tentang fikrah jalan ini (intima' kedua). Fikrah yang membentuk pemikiranku, yang kemudian mendidik amalku dan segalanya kefahamanku selama ini tentang kehidupan berubah setelah itu. Bagaimana mungkin dahulu aku dapat menerima orang lain yang membuat keputusan untukku berkenaan dengan kerjayaku, rumah tanggaku, di mana akanku menetap, wang ringgitku ke mana akan disalurkan, malah semuanya. Tidak mungkin sehinggalah aku benar-benar menjiwai dan merasai kepentingan pengorbananku untuk Dakwah & Tarbiyah. Agar sumbanganku diterima sebagai amal yang soleh, agar aku peroleh ganjaran yang lebih baik dari dunia dan seisinya.
Intima' Tanzimi
Dengan segera aku telah didedahkan dengan tanzim (intima' ketiga). Wallahua'lam keadaan aku ketika itu, aku sendiri sudah tidak pasti. Namun yang pasti aku bisa menerimanya dengan baik kerana Dakwah & Tarbiyyah selama 20 tahun telah berlegar-legar disekelilingku walaupun aku belum sebahagian daripadanya secara sedar. Aku hanyalah anak seorang al-akh dan al-ukht yang banyak salah faham dan memandang serong jalan ini. Melihat kesibukan dan kecenderungan abah & mama pada "kumpulan usrah" ini menjadikan aku selalu cemburu dan menjauh darinya. Alhamdulillah Allah memilihku untuk berada dikedudukanku sekarang ini. Kerana sekarang aku mengerti kesibukan yang menenangkan hati dan kecenderungan yang tidak mungkin kulepaskan (insya'allah). Kumpulan usrah yang mengikat abah & mama ini bukan calang-calang kumpulan kerana kumpulan ini mengikat hati-hati di dalamnya untuk bersungguh-sungguh demi redha Allah. Subhanallah! Sekarang kumengerti tanzim yang membentuk peribadi dan fikrah abah & mama dan ramai lagi individu-individu yang ikhlas lillahita'ala!
Perkataan yang Berat!
Ketiga-tiga intima' inilah yang mengikat hati-hati supaya dekat dengan Pencipta. Ketiga-tiga intima' ini juga tidak boleh tidak! mesti dikokohkan secara berterusan. Jika diceraikan salah satu darinya ternyata ikatan ini tidak mampu mendokong tanggungan yang berat ini. Firman Allah SWT:
إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلً
(Muzammil 73:5)
Maksudnya: Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.
Tanpa ketiga-tiga intima' ini daie bisa jadi futur boleh jadi disebabkan tiada peningkatan amal (statik) yang menuju ke arah kebosanan, kefahaman yang salah, merasa berat, kecenderungan untuk tidak merasakan pengorbanan dan sebagainya. Alhamdulillah kita dipilih khusus oleh Allah untuk membuka hati, penglihatan dan pendengaran kita untuk bergabung dalam jamaah islam ini dengan sempurna. Sempurna dari segi perlaksanaan tuntutan-tuntutan atau hak-hak Allah mahupun hak-hak kita sendiri insya'allah.
Namun, ikhwah wa akhawatifillah ingatlah kita tidak akan mampu menanggung beban ini tanpa hubungan yang mantap dengan Pencipta. TAK MUNGKIN! Jadi janganlah kita membongkak diri, menabik dada, takabbur dan ujub dengan kejayaan yang Allah kurniakan dalam jalan ini. Siapalah kita tanpa kasih sayangNya...Fikir dan dzikir.
Namun, ikhwah wa akhawatifillah ingatlah kita tidak akan mampu menanggung beban ini tanpa hubungan yang mantap dengan Pencipta. TAK MUNGKIN! Jadi janganlah kita membongkak diri, menabik dada, takabbur dan ujub dengan kejayaan yang Allah kurniakan dalam jalan ini. Siapalah kita tanpa kasih sayangNya...Fikir dan dzikir.
Kesimpulan:
Tiga intima' yang wajib dipelihara:
- Intima' hati dan perasaan
- Intima' fikri
- Intima' tanzimi
Wallahua'lam
Taman Rona 2
18 Oktober 2010
1.30am
No comments:
Post a Comment