Monday, October 18, 2010

"Tanpa syuyukh tak mungkin kita berada di jalan ini"

Salamualaikum wbt
Ana kongsikan pendapat seorang al-akh dalam facebook ana. Moga bermanfaat.

Muhammad Hussaini Khairudin
 
Ukhti Asma' dan sekalian ikhwah akhwat

Kita yakin (sentiasa dalam pengharapan) tidak ada prasangka buruk antara para syabab dan syuyukh dalam kenderaan dakwah ini. Jika tidak, masakan mereka masih berada di dalamnya bersama-sama. Ukhuwwah da...n tsiqoh merupakan antara pilar penting berdirinya sebuah bangunan ummah. Tanpa atifi (cinta), mustahil dakwah ini dapat berjalan, itulah hakikat dakwah yang didukung oleh Ar-Rasul.

Jemaah ini milik semua ahlinya. Semua ahli menjaga keutuhan jemaah dakwah walau dari mana ceruk/penjuru sekalipun. Ada yang bertanggungjawab menjadi muwajjih, ada yang menjadi presiden, ada yang menjadi qiyadah, ada yang menjadi pemandu kenderaan, ada yang uruskan teknikal, ada yang menjadi penyambut tetamu, semuanya ada hak terhadap dakwah ini, terhadap jemaah dakwah ini.

Jika dalam dakwah ini, ada nya kekurangan, adanya cacat cela. Peranan semua orang tidak kira syabab atau syuyukh adalah menampungnya, menegur dengan penuh hikmah, dan merawatnya.

Kata Hassan Al-Banna (Dakwatuna):

3 perkara yang perlu kita buat:
-diagnos sakit ummat
-menentukan rawatan kesakitan
-konsisten makan ubat

Itu juga yang perlu kita buat jika adanya masalah dalam jemaah kita.

Jangan kita pendamkan dan terus merasakan tidak mengapa salah itu dan ini dalam kita bergerak ini. Sedarlah bahawa kebanyakan masalah BESAR datangnya dari masalah-masalah 'kecil' yang dipendamkan. (Al-Mutasaqitun, Fathi Yakan). Banteraslah semuanya dengan optimistik yang Allah akan menyembuhkan kita dengan kesungguhan usaha kita ini.

Sekali lagi hikmah perlu ada untuk memastikan rasa sayang akan tetap menjadi gam pelekat setiap insan dalam jemaah ini.

Kita perlu sedar dalam jemaah ini, para syuyukh bukan sahaja pemulanya, namun mereka lah yang memberikan kesedaran tarbiyyah setiap gerak nadi kita pada hari ini. Malah hingga hari ini, para syuyukhlah yang bertanggungjawab menyalurkan fikrah, ruh, pengalaman, hamasah jihadiyyah, jiddiyyah, tadhiyah, intibad dan segala-galanya hingga ia menjadi nadi/bekal untuk kita bergerak pada hari-hari seterusnya.

Bayangkan kalau kita mengabaikan mereka? Bayangkan kalau kita buat tak tahu akan kekurangan/kelemahan yang berlaku? Lantas kita juga yang menerima impaknya.

Dakwah yang kita gerakkan ini, jika tidak mendapat bekalan yang mencukupi, akan perlahan dan terus perlahan dan akhirnya kita sendiri akan lesu dan meninggalkan jemaah dan dakwah ini (nauzubillah).

Syabab pula mempunyai suatu misi yang sangattt besar. Merekalah kader-kader inti yang seharusnya menggerakkan tubuh ummah ini dengan semangat mereka. Dari tangan merekalah akan masuknya lebih ramai syabab lain ke dalam jemaah ini.

Ana hairan melihat jika ada ikhwah akhawat yang berada di sayap pemuda, namun terus dalam kelesuan. Masih 'praktikal'. Tidak menunjukkan ciri-ciri syabab yang sepatutnya. Apa gunanya diadakan sayap pemuda? Baik gabungkan sahaja dengan induk ikram!

Kesimpulannya, semua orang patut mainkan peranan dari sekarang. Tanpa merasakan diri mereka lebih tinggi dari sesiapa. Yang muda hormati yang tua, yang tua sayaaaaangg yang muda. Hakikatnya semuanya saling cinta mencintai keranaNya.

Dan hakikatnya, hidayah itu milik Allah. Diberikan kepada siapa sahaja yang Ia ingini.

1 comment:

Miftahul Jannah said...

"Ana hairan melihat jika ada ikhwah akhawat yang berada di sayap pemuda, namun terus dalam kelesuan. Masih 'praktikal'. Tidak menunjukkan ciri-ciri syabab yang sepatutnya. Apa gunanya diadakan sayap pemuda? Baik gabungkan sahaja dengan induk ikram!|

ukhti..mohon pencerahan..ana kurang faham dengan ayat di atas jzk